backup og meta

Adakah Warga Emas Masih Perlu Bersenam?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 15/11/2019

    Adakah Warga Emas Masih Perlu Bersenam?

    Senaman bukan sahaja diperlukan oleh orang muda, tetapi juga warga emas. Mungkin golongan berumur memerlukannya lebih daripada anak muda untuk memberikan hidup yang lebih berkualiti.

    Fizikal warga emas adalah berbeza dengan orang muda

    Golongan berumur masih memerlukan senaman dan aktiviti fizikal tetapi sudah tentu dengan intensiti yang berbeza disebabkan kekuatan fizikal yang berbeza.

    Terdapat beberapa jenis senaman yang boleh dilakukan:

    • Kardio atau aerobik – meningkatkan kadar degupan jantung dan pernafasan yang membantu membina ketahanan dan membakar kalori.
    • Kekuatan dan berat – mengekalkan kekuatan dan jisim otot.
    • Fleksibiliti – membuatkan badan lebih fleksibel agar julat pergerakan menjadi luas dan mengelakkan kecederaan.
    • Kestabilan – penting bagi warga emas untuk mengelakkan jatuh dan kekal aktif.

    Apakah senaman yang sesuai?

    Banyak aktiviti fizikal yang boleh dilakukan. Sebagai panduan umum, pilih aktiviti dengan impak rendah serta kurang melompat dan kurang tekanan ke atas sendi.

    Berjalan

    Mudah dan efektif, sangat sesuai bagi mereka yang berumur. Selain menambah stamina, ia menguatkan otot kaki dan sendi yang membantu mencegah penyakit osteoporosis. Tambahan pula, ia boleh dilakukan sambil bersiar-siar bersama keluarga.

    Joging

    Kalau ingin berpeluh lebih, joging merupakan pilihan yang baik sebagai permulaan. Selagi mana dilakukan pada kadar yang sesuai, memakai kasut yang betul, dan rehat yang cukup antara larian, ia tidak akan menjadi masalah kepada kesihatan dan sendi. Namun, berhati-hati dengan jalan yang licin dan tidak rata.

    Golf

    Jika mempunyai duit lebih, anda boleh cuba sukan golf. Senaman utama sukan ini sebenarnya pada berjalan kaki di samping kestabilan dan fokus semasa menghayun kayu golf. Satu permainan golf memerlukan sebanyak 10,000 langkah iaitu bersamaan sekitar 8 km.

    Berbasikal

    Sukan ini secara khususnya berguna jika mempunyai sendi kaku atau sakit kerana ia tidak memerlukan kaki anda untuk menyokong berat badan. Berbasikal meningkatkan peredaran darah serta menguatkan otot kaki dan paha. Ia juga meningkatkan kestabilan semasa mengayuh.

    Ini ialah sebahagian daripada sukan yang boleh dilakukan. Banyak lagi pilihan lain seperti yoga, tai chi, dan berenang. Apa pun pilihan anda, yang penting ia selamat dan efektif.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 15/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan