backup og meta

Siapa Lebih Tinggi Risiko Mendapat Kanser Payudara?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 30/09/2021

    Siapa Lebih Tinggi Risiko Mendapat Kanser Payudara?

    Kanser payudara adalah kanser paling kerap berlaku, sama ada di Malaysia atau di peringkat global. 1 daripada 19 wanita di negara ini mempunyai risiko menghidap kanser payudara.

    Siapa yang paling berisiko mendapat kanser ini? Apa faktor risikonya?

    1. Semakin berumur

    Risiko bertambah apabila umur bertambah. Kebanyakan kes ditemui pada umur di atas 50 tahun.

    2. Wanita

    Mungkin ramai yang menyangka bahawa kanser ini hanya berlaku dalam kalangan wanita. Sebenarnya, lelaki juga tidak terlepas kerana mereka juga mempunyai payudara. Namun, wanita adalah 100 kali lebih berisiko. Kes dalam kalangan lelaki hanya merangkumi 1 peratus daripada keseluruhan kes.

    3. Mutasi pada genetik

    Sesetengah mutasi genetik yang diwarisi boleh meningkatkan risiko kanser payudara dan kanser ovari. Mutasi yang paling kerap berlaku adalah pada BRCA1 dan BRCA2.

    4. Haid bermula awal

    Wanita yang didatangi haid pada umur yang muda lebih banyak dan lama terdedah kepada hormon estrogen. Ini sedikit sebanyak meningkatkan risiko kanser.

    5. Tidak hamil atau hamil lewat

    Wanita yang hamil buat pertama kali selepas umur 30 tahun atau langsung tidak hamil adalah lebih berisiko.

    6. Lewat menopaus

    Seperti haid awal, wanita yang lewat menopaus lebih banyak dan lama terdedah kepada hormon.

    7. Terlebih berat badan atau obes selepas menopaus

    Wanita berumur yang mempunyai berat badan yang tinggi lebih berisiko berbanding mereka dengan berat badan normal.

    8. Payudara padat

    Payudara yang padat mengandungi lebih banyak tisu penghubung berbanding tisu lemak membuatkan tumor susah dikesan melalui mammogram (X-ray payudara). Tambahan pula, payudara jenis ini lebih berisiko.

    9. Terapi hormon gabungan

    Pengambilan hormon untuk menggantikan estrogen dan progesteron selepas menopaus selama lebih daripada 5 tahun meningkatkan risiko kanser. Hormon yang telah ditemui bertanggungjawab adalah estrogen dan progestin jika diambil bersama.

    10. Pil perancang

    Sesetengah jenis pil perancang didapati boleh menambah kecenderungan mendapat kanser. Sila berbincang dengan doktor sebelum mengambil sebarang kaedah perancang keluarga.

    11. Sejarah kanser payudara

    Wanita yang pernah mengalami kanser payudara lebih berisiko untuk mendapatnya semula.

    12. Kanser payudara dalam kalangan ahli keluarga

    Mana-mana ahli keluarga, terutamanya ibu dan ayah serta adik beradik, yang pernah mengalami kanser payudara akan meningkatkan risiko. Meskipun ahli keluarga lelaki yang mengalami kanser tersebut, adik beradik wanita masih berisiko.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 30/09/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan