Kanser Payudara: Ketakutan Ia Berulang Lagi

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Setiap wanita yang mempunyai kanser payudara sering kali dibelenggu dengan persoalan, adakah ia akan kembali semua. Bagi sesetengah wanita ia mungkin akan kembali, dan tidak bagi sesetangah yang lain. Apabila kanser payudara kembali, ia dikenali dengan ‘recurrent’. Kanser payudara boleh berulang pada bila-bila masa atau tidak sama sekali, tetapi kebanyakannya kembali dalam 5 tahun pertama selepas rawatan kanser payudara.

Semasa pembedahan untuk mengeluarkan diagnosis asal kanser payudara (lumpektomi atau mastektomi), pakar bedah membuang semua kanser yang dapat dilihat dan dirasakan. Tetapi ujian untuk kanser tidak cukup sensitif untuk mengesan sel-sel kecil kanser yang mungkin ditinggalkan setelah pembedahan. Ia mungkin bagi kumpulan sel

Adalah mungkin bagi kumpulan sel terpencil untuk bertahan dengan terapi radiasi dan kemoterapi yang bertujuan untuk mengurangkan risiko berulang. Malah satu sel tunggal yang terlepas daripada rawatan mungkin akan berganda dan berkembang menjadi tumor.

Jenis keadaan umum pengulangan

  • Local recurrence: Kawasan payudara di mana kanser asalnya didiagnosis.
  • Regional recurrence: Kelenjar nodus limfa di bahagian ketiak atau tulang selangka berhampiran tempat kanser asalnya didiagnosis
  • Metastatic or distant recurrence: Bahagian lain badan seperti paru-paru, tulang atau otak adalah jarang, payudara yang bertentangan

Bagaimana untuk mengetahuinya?

Anda harus tetap melakukan pemeriksaan sendiri payudara, memeriksa kawasan yang dirawat dan payudara anda setiap bulan. Anda juga harus memberitahu doktor tentang sebarang perubahan dengan segera.

Antara perubahan payudara yang mungkin berulang adalah:

  • Benjolan atau penebalan di dalam atau berhampiran payudara atau dalam ketiak yang tidak hilang selepas berakhir haid
  • Perubahan saiz, bentuk atau kontur payudara
  • Marmar seperti kawasan di bawah kulit
  • Perubahan pada rasa atau penampilan kulit payudara atau puting, termasuk kulit berlekuk, pucat, bersisik, merah, hangat atau bengkak
  • Darah atau cecair jernih keluar daripada puting

Rawatan

Jenis rawatan untuk pengulangan setempat kanser payudara adalah bergantung kepada jenis rawatan yang pernah anda terima pada mulanya. Jika anda mendapatkan lumpektomy, ia biasanya dirawat dengan mastektomi. Sekiranya anda mempunyai masalah mastektomi, pengulangan setempat ini akan dirawat dengan mengeluarkan tumor jika boleh dan diikuti dengan radiasi.

Dalam kedua-dua kes, anda mungkin mempunyai terapi hormon, kemoterapi, atau radiasi selepas pembedahan. Kadang kala, doktor anda akan menggabungkan kaedah rawatan tersebut.

Jika kanser payudara didapati di payudara lain, ia mungkin merupakan tumor baru yang tidak berkaitan dengan kanser payudara pertama. Ini akan dianggap sebagai kes baru kanser payudara. Anda akan mendapat sama ada lumpektomi atau mastektomi, diikuti dengan lebih banyak rawatan jika perlu.

Manakala jika kanser kembali ke bahagian lain badan, seperti tulang, paru-paru, hati, atau otak, anda boleh menjalani pembedahan, kemoterapi, radiasi, terapi hormon, terapi sasaran, atau kombinasi. Ia bergantung kepada keadaan khusus anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan
Artikel yang Sama
Belajar Mengenainya
‘Fibrocystic Breast’, Adakah Berkait Dengan Kanser Payudara?
Belajar Mengenainya
Mamogram, Ujian Klinikal Diagnosis Awal Kanser Payudara
penyakit paget
Menghadapi Penyakit Ini
Penyakit Paget pada Payudara
Belajar Mengenainya, Bantu Pesakit, Menghadapi Penyakit Ini
Pilihan Rawatan Kanser Payudara
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut