backup og meta

Kanser Payudara: Bolehkah Pesakit Bersenam?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 01/08/2023

    Kanser Payudara: Bolehkah Pesakit Bersenam?

    Senaman menawarkan pelbagai manfaat bagi pesakit kanser payudara, tetapi anda perlu memastikan senaman yang dilakukan itu selamat. Jika anda mempunyai pembedahan kanser payudara, anda berkemungkinan berisiko untuk mendapat limfedema iaitu pembengkakan tisu lembut di lengan, lurah (trunk) atau payudara yang mungkin disertai dengan kebas, ketidakselesaan dan kadang-kadang jangkitan.

    Antara senaman pesakit kanser payudara boleh lakukan adalah:

  • Berjalan
  • Yoga
  • Tai chi
  • Menari
  • Pilates
  • Pergerakan katil dan sofa
  • Cara Memastikan Senanan Selamat

    Dapatkan keizinan daripada doktor dan pakar bedah anda

    Bincangkan dengan mereka mengenai perancangan senaman yang anda ingin dilakukan. Tanya kepada mereka jika terdapat sebarang pergerakan yang harus elakkan atau perlu mengehadkan aktiviti tertentu. Bincangkan juga apa-apa ubat yang anda ambil dan bagaimana ia boleh menjejaskan keupayaan anda untuk bersenam. Selain itu, bincangkan keadaan kesihatan lain seperti asma atau osteoporosis dan bagaimana ia boleh mempengaruhi keupayaan anda untuk bersenam.

    Ambil langkah berjaga-jaga

    Jika anda telah didiagnosis dengan limfedema atau sangat bimbang mengenainya, berbincang dengan doktor anda mengenai langkah berjaga-jaga yang mungkin sesuai untuk anda.  Langkah berjaga-jaga ini mungkin termasuk memakai pakaian mampatan yang dilengkapi dengan baik atau mungkin memakai sarung tangan pelindung. Jika ada sesuatu yang tidak betul, hentikan segera dan berbincang dengan doktor anda.

    Lakukan pemanasan badan

    Sebelum melakukan apa-apa jenis senaman, pastikan anda memanaskan badan dengan berjalan selama 5 hingga 10 minit atau mandi untuk memanaskan otot anda. Program fleksibiliti lengkap meregangkan semua kumpulan otot utama harus menjadi sebahagian daripada pemanasan badan.

    Lakukan perlahan-lahan dan tenang

    Berharap untuk peningkatan secara beransur-ansur. Ini kerana setiap orang, kanser payudara dan pelan rawatan adalah unik. Jangan bandingkan perkembangan anda dengan orang lain atau diri anda sendiri sebelum mengidap kanser payudara. Berikan diri anda masa yang diperlukan untuk pulih dan kuat, fleksibel, dan sihat.

    Maklumkan kepada jurulatih

    Jika anda memilih yoga, aerobik, atau kelas senaman lain, pastikan sebelum kelas bermula anda memaklumkan dan menerangkan bahawa anda adalah seorang pesakit kanser payudara. Beritahu jurulatih apa yang anda boleh dan tidak boleh lakukan. Minta pengubahsuaian untuk sebarang pergerakan yang tanda idak boleh lakukan. Lakukan perkara yang sama jika anda bersenam dengan pelatih peribadi yang disahkan. Pastikan dia tahu bahawa anda telah dirawat untuk kanser payudara supaya senaman dapat ditingkatkan dengan sewajarnya.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 01/08/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan