backup og meta

Kadar Survival dan Jangka Hayat Pesakit Kanser

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 17/01/2023

    Kadar Survival dan Jangka Hayat Pesakit Kanser

    Setiap pesakit kanser bertindak balas kepada rawatan dengan cara yang berbeza. Tiada siapa yang akan tahu terlebih dahulu sama ada rawatan kanser yang akan mereka jalani berkesan atau tidak. Oleh itu, tidak ada cara untuk mengetahui berapa lama seseorang akan hidup dengan atau tanpa kanser secara tepat. Pun begitu, mengetahui jangka hayat pesakit kanser dapat membantu mereka lebih bersedia menghadapi hari mendatang.

    Apa yang menentukan jangka hayat pesakit kanser?

    Pesakit biasanya akan dimaklumkan tentang jangka hayat mereka melalui kajian kadar survival yang mengenal pasti berapa lama orang lain yang didiagnosis dengan jenis kanser tersebut hidup. Namun, keadaan anda mungkin sangat berbeza. Kadar survival hanyalah anggaran berdasarkan:

    1. Jenis kanser anda.
    2. Tahap kanser anda apabila anda didiagnosis.
    3. Ciri-ciri tertentu kanser anda (seperti jenis sel dan ciri pertumbuhan).
    4. Rawatan yang anda terima.
    5. Kesihatan fizikal dan emosi anda.

    Apa itu kadar survival?

    Kadar survival adalah berdasarkan kajian terhadap pesakit semasa dan selepas rawatan. Walau bagaimanapun, sesetengah kajian ini telah dilakukan 10 tahun atau lebih, dan ubat-ubatan dan kaedah-kaedah kanser telah banyak banyak berubah sejak bertahun-tahun.

    Kadar survival biasanya disebut sebagai peratusan. Pakar kesihatan anda mungkin berkata, “Orang yang mempunyai jenis kanser ini umumnya mempunyai 60 peratus kadar kelangsungan hidup lima tahun.” Ini bermakna 60 daripada 100 orang yang dirawat untuk jenis kanser tersebut masih hidup selepas lima tahun.

    Kadar survival mengikut jenis kanser

    Berdasarkan kajian di UK, daripada 10 kanser yang kerap berlaku dalam kalangan lelaki, kadar kelangsungan hidup dalam masa 10 tahun adalah paling tinggi bagi kanser kulit malignant melanoma (86%) dan paling rendah bagi kanser paru-paru (4%). jangka hayat pesakit kanser

    Kanser lain yang menunjukkan kadar survival selepas 10 tahun yang tinggi ialah kanser prostat sebanyak 84%, diikuti Non Hodgkin Lymphoma (62%), kanser usus (56%) dan kanser pundi kencing (54%).

    Bagi wanita, kadar survival kanser dalam masa 10 tahun didapati paling tinggi dalam pesakit kanser kulit malignant melanoma dan paling rendah dalam pesakit kanser pankreas. Kanser payudara, antara kanser yang paling ditakuti wanita turut mempunyai kadar survival selepas 10 tahun yang tinggi iaitu pada 78%.

    kadar survival kanser

    Mengetahui kadar survival kanser yang anda hadapi mungkin menyebabkan rasa pesimistik atau optimistik berdasarkan peratusan hidup selepas 10 tahun. Anda mempunyai hak untuk berbincang atau tidak berbincang tentang jangka hayat kanser yang anda hadapi sewaktu proses rawatan. Pesakit kanser berkemampuan untuk hidup lebih lama daripada anggaran pakar kesihatan. Setiap survivor kanser berbeza. Anda bukanlah sekadar satu statistik.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 17/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan