Pakaian renang
Sama seperti coli, industri pembuatan pakaian renang untuk pesakit kanser payudara turut berkembang. Anda boleh mendapatkan pelbagai gaya yang disukai, termasuklah bikini dan pakaian sukan yang menyediakan lebih sokongan. Harga juga berbeza-beza mengikut gaya pakaian tersebut. Jika anda selesa dengan pakaian renang yang ringkas, potongan bahagian hujung yang rendah atau pertengahan adalah pilihan yang sesuai untuk anda.
Rambut palsu
Kehilangan rambut juga merupakan perubahan yang ketara. Jika anda mempunyai gaya rambut yang sama sahaja sepanjang hidup anda, inilah peluang anda untuk mencuba perkara yang baharu dan menarik. Rambut palsu dijual dengan pelbagai harga. Jika anda keliru, dapatkan pakar rambut palsu untuk membantu anda mencari rambut palsu yang serupa seperti rambut asal anda. Anda juga berpeluang untuk menggayakan rambut seperti selebriti pilihan mengikut kemahuan anda. Terdapat banyak salon rambut yang menawarkan harga berpatutan. Salon yang bagus serta syampu, perapi dan sikat yang sesuai akan membantu mengekalkan rambut palsu anda dalam keadaan yang terbaik. Masalah timbul jika anda perlu keluar dengan rambut palsu yang kotor, atau perlu menunggu di salon untuk digayakan semula. Memiliki lebih daripada satu rambut palsu akan memudahkan anda untuk keluar pada bila-bila masa sahaja. Kebanyakan insurans boleh menampung sehingga 80% harga rambut palsu yang digunakan untuk tujuan perubatan. Walau bagaimanapun, anda memerlukan preskripsi doktor untuk menyokong tuntutan anda. Memakai rambut palsu sepanjang masa sangat membosankan. Sekali sekala cuba gayakan rambut palsu dengan selendang dan topi. Skarf yang cantik boleh menceriakan anda sepanjang hari.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen