backup og meta

11 Soalan Tentang Kanser Payudara untuk Ditanya Kepada Pakar Onkologi Perubatan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser · Disemak pada 21/08/2021

    11 Soalan Tentang Kanser Payudara untuk Ditanya Kepada Pakar Onkologi Perubatan

    Pemeriksaan yang tetap dengan pakar onkologi – doktor yang mempunyai pengkhususan dalam mengubati kanser – adalah suatu kemestian bagi mereka yang mengalami kanser payudara.

    Anda akan mempunyai banyak perkara yang anda tidak pasti. Walau bagaimanapun, masa temujanji anda mungkin sangat terhad. Jadi, anda perlu memberi tumpuan kepada perkara yang benar-benar penting. Berikut adalah 11 soalan untuk memastikan anda berada di landasan yang betul.

    1. Mengapa pakar onkologi anda mengesyorkan terapi ini?

    Sebab pertama anda bertemu dengan seorang doktor adalah kerana anda memerlukan pendapat pakar. Tetapi adalah sama pentingnya juga untuk mengetahui mengapa mereka mencadangkan sesuatu.

    2. Apakah risiko-risikonya?

    pakar onkologi

    Mana-mana rawatan kanser mempunyai kesan sampingan dan komplikasi tertentu, di mana ada kesan atau komplikasi yang mungkin sangat teruk. Sekiranya anda mengetahui tentang risiko yang berkaitan, ini akan membantu anda membandingkannya antara satu sama lain jika anda perlu memilih salah satu daripadanya.

    3. Apakah alternatifnya?

    Pelan rawatan akan berbeza-beza mengikut peringkat kanser. Sekiranya anda tidak selesa dengan apa yang dicadangkan oleh pakar onkologi anda, anda boleh meminta mereka untuk mencadangkan pilihan lain.

    4. Bagaimana jika anda memerlukan terapi kemoterapi atau hormon?

    Dalam perjalanan melawan kanser, anda mungkin akan sampai ke tahap yang memerlukan terapi kemoterapi dan / atau terapi hormon. Adalah penting mengetahuinya terlebih dahulu.

    5. Bagaimana anda akan menjalani kemoterapi?

    Rawatan kemoterapi boleh diberikan kepada pesakit melalui urat darah atau pil oral. Cara anda menerima rawatan ini bergantung kepada keadaan anda. Anda juga boleh bertanya sama ada anda memerlukan ubat tambahan untuk melegakan kesan sampingan.

    6. Apakah yang anda akan rasa selepas setiap rawatan?

    Sesetengah pesakit memerlukan masa rehat. Anda perlu bertanya kepada doktor anda jika anda memerlukan seseorang untuk membawa anda pulang.

    7. Berapa lamakah tempoh yang akan diambil rawatan ini?

    Menjalani rawatan adalah meletihkan. Anda perlu tahu anggaran tempoh masa yang akan diambil supaya anda boleh menguruskan pekerjaan anda dan perkara lain dalam hidup anda.

    8. Adakah anda akan mengalami keguguran rambut?

    pakar onkologi

    Tidak semua jenis rawatan membuat anda mengalami rambut gugur. Sungguhpun begitu, anda harus tahu jika  rawatan yang anda jalani akan menyebabkan anda keguguran rambut supaya anda boleh bersedia secara psikologi.

    9. Adakah anda perlu menjangkakan menopaus pramatang dan kemandulan?

    Seperti keguguran rambut, peluang untuk mengalami menopaus pramatang dan kemandulan adalah satu kemungkinan, tetapi bukan suatu kemestian. Pakar onkologi anda sepatutnya dapat membimbing anda melalui perkara-perkara seperti ini.

    10. Apa penyesuaian yang perlu anda lakukan?

    Rawatan kanser biasanya memerlukan penyesuaian gaya hidup. Anda boleh meminta doktor anda untuk cadangan mengenai diet, senaman dan terapi tambahan lain.

    11. Di mana anda boleh mendapatkan sokongan sekiranya anda memerlukannya?

    pakar onkologi

    Kanser mungkin melakukan perkara-perkara yang tidak dapat difahami oleh rakan atau keluarga anda. Jika anda memerlukan seseorang yang memahami, minta doktor anda untuk merujuk anda kepada ahli terapi khas atau kumpulan sokongan.

    Soalan-soalan di atas tidak meliputi segala-galanya mengenai kanser payudara. Walau bagaimanapun, soalan-soalan ini sepatutnya mencukupi untuk memberi anda beberapa idea mengenai apa yang anda perlukan tanya kepada pakar onkologi anda semasa temujanji anda. Jika anda masih mempunyai kebimbangan lain, tuliskannya juga. Pakar onkologi anda akan gembira dapat membantu anda memahami keadaan anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser · Disemak pada 21/08/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan