backup og meta

Apa Itu Jangkitan Oportunistik HIV?

Fakta Disemak oleh Dr. Shelby


Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 10/07/2020

    Apa Itu Jangkitan Oportunistik HIV?

    Apa Itu Jangkitan Oportunistik?

    Apabila sistem imun seseorang itu menjadi terlalu lemah akibat jangkitan HIV yang tidak dirawat dengan awal atau secukupnya, mereka berpeluang untuk dijangkiti oleh jangkitan (virus, bakteria, parasit) yang lebih teruk dan kerap berbanding orang biasa, atau berpeluang untuk menghidap kanser yang jarang berlaku. Fenomena ini digelar ‘Jangkitan Oportunistik’ kerana jangkitan-jangkitan ini mengambil kesempatan ke atas sistem imun yang lemah pada seseorang, membolehkan jangkitan itu untuk menjadi sangat teruk. Mengapa virus, bakteria dan parasit ini mampu untuk menghasilkan jangkita yang kerap dan teruk adalah kerana HIV terlebih dahulu menyerang dan memusnahkan sistem pertahanan badan, khususnya sel CD4. Sel ini penting bagi koordinasi tindakan sistem imun dalam menyusun tindak balas terhadap jangkitan dan juga bagaimana untuk mengawalnya. Apabila sistem imun menjadi terlalu lemah akibat serangan HIV, seseorang itu dikatakan menghidap AIDS (Acquired immunodeficiency syndrome).

    Apakah Contoh Jangkitan Oportunistik?

    Hampir semua jangkitan berupaya untuk menjadi jangkitan oportunistik namun terdapat beberapa jangkitan oportunistik lazim yang telah dikenalpasti dan dikira sebagai ‘keadaan-keadaan yang mendefinisikan AIDS’ (AIDS defining conditions). Contoh jangkitan tersebut adalah:

    • Candidiasis (jangkitan fungus) di bahagian mulut, tekak atau faraj.
    • Jangkitan bakteria Cryptococcus neoformans, fungus yang berupaya untuk menyebabkan keradangan lapisan sistem saraf (meningitis) .
    • Jangkitan Cryptosporidiosis dan microsporidiosis, protozoa yang menggangu sistem gastrousus.
    • Jangkitan virus Cytomegalovirus (CMV), virus yang boleh menyebabkan jangkitan mata sehingga buta dan juga cirit birit dan ulser yang teruk.
    • Jangkitan virus Herpes simplex, keluarga virus yang berupaya untuk menyebabkan ulser atau luka pada mulut dan sekitar kemaluan.
    • Mycobacterium avium complex (MAC), bakteria yang mengakibatkan demam, masalah penghadaman dan susut berat badan yang serius.
    • Jangkitan Pneumocystis pneumonia (PCP), jangkitan fungus yang berupaya untuk menyebabkan masalah paru-paru yang boleh membawa maut.
    • Progressive multifocal leukoencephalopathy (PML).
    • Toxoplasmosis, penyakit akibat jangkitan sejenis parasit yang berupaya untuk membawa kepada keradangan otak (encephalitis) dan juga gangguan penglihatan.
    • Jangkitan Tuberkulosis (TB) yang tidak terhad kepada paru-paru, malah boleh merebak ke organ lain seperti hati dan usus.
    • Kanser kulit disebabkan virus Herpes yang diberi nama Kaposi’s sarcoma yang 3 kali ganda lebih lazim dalam lelaki. Wanita pula lebih mudah untuk mendapat jangkitan HPV yang berupaya untuk menyebabkan kanser serviks.

    Bagaimana Untuk Melindungi Diri Daripada Jangkitan Oportunistik?

    Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk melindungi diri daripada jangkitan oportunistik adalah:

    • Mengambil ubat HIV setiap hari/Meneruskan rawatan HIV tanpa gagal
    • Menjaga kebersihan kawasan sekeliling
    • Mengelakkan daripada bertemu dengan orang sakit
    • Mengawal diet demi memastikan makanan yang bersih dan sihat

    Sekiranya anda khuatir akan keadaan-keadaan yang telah disebut dalam artikel ini, atau bimbang akan kenalan lain yang menghidap penyakit-penyakit tersebut, dapatkan konsultasi doktor dengan segera.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Dr. Shelby


    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 10/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan