Nota Pengarang: Hari Hepatitis Dunia 2018

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Hari Hepatitis Dunia disambut setiap tahun pada 28 Julai, yang bertujuan ingin menyampaikan kesedaran dan memberi informasi mengenai penyakit berbahaya ini. Tema tahun ini adalah ‘Hapuskan Hepatitis’.

Virus Hepatitis B dan Hepatitis C merupakan penyumbang utama kepada kanser hati di seluruh dunia, namun demikian lebih daripada 80 peratus mereka yang dijangkiti hepatitis viral tidak menyedari akan status kesihatan mereka. Hepatitis viral tidak mengira seseorang individiu mahupun sesebuah kawasan, tetapi telah menjadi satu epidemik di peringkat global.

Terdapat banyak vaksin dan rawatan efektif untuk hepatitis B dan C serta objektif untuk menghapuskan hepatitis viral boleh dicapai. Menurut Strategi Global untuk Hepatitis Viral oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia, objektif tersebut boleh dicapai menjelang tahun 2030.

Persoalannya bagaimana? Terdapat 325 juta orang yang hidup dengan hepatitis viral di dalam dunia ini, namun demikian, hanya 290 juta sahaja yang menyedari akan keadaan kesihatan mereka. Oleh kerana itu, World Hepatitis Alliance melancarkan kempen sempena Hari Hepatitis Dunia yang berharap memberi kesedaran kepada pesakit menerusi kempen ‘Finding the missing millions’.

Kempen selama 3 tahun tersebut berperanan memberi pendidikan, mempengaruhi polisi penyaringan kebangsaan dan menggalakkan lebih ramai individu tampil menjalani ujian saringan untuk mengenalpasti mereka yang dijangkiti sekaligus mengekang penyebaran virus tersebut. Sebagai sebahagian daripada kempen, sebuah kertas penyelidikan diterbitkan bagi memberi lebih banyak informasi kepada pemegang taruh bagaimana untuk mencapai objektif ‘Hapuskan Hepatitis’.

World Hepatitis Alliance menggalakan orang ramai untuk turut serta dalam kempen tersebut dengan menguar-uarkan tentang kesedaran awam mengenai hepatitis viral, menjadikannya satu bentuk tindakan agar dapat mendesak pihak berwajib untuk memandang berat mengenai epidemik ini. Anda boleh menunjukkan sokongan dengan menyertai kempen ‘finding the missing millions’.

Kami di Hello Doktor, amat komited dalam menyampaikan maklumat dan kesedaran mengenai hepatitis viral dan penyakit lain berkaitan hati, justeru itu, kami telah menghasilkan pelbagai artikel bagi membantu anda memahami dan membuat tindakan mengenai penyakit hati ini. Anda boleh melayari Pusat Kesihatan Hati (Hepatitis dan Kanser) untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Semoga impian dunia untuk menghapuskan hepatitis menjelang tahun 2030 akan tercapai dan segalanya bermula dengan diri kita.

Pengarang Urusan – Hello Doktor

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut