Kanser Tahap Akhir: Bagaimana Menghadapinya

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Kanser adalah salah satu penyakit paling berbahaya di dunia dan masih tidak mempunyai penawar mutlak. Ramai yang tertanya-tanya apa yang mereka perlu lakukan jika kanser mereka di tahap akhir. Jika anda mempunyai soalan yang sama, artikel ini akan memberikan anda beberapa maklumat yang berguna.

Asas kanser

Sel-sel manusia yang berusia atau rosak, akan mati. Kemudian, sel-sel baru berkembang dan terbahagi untuk mengambil alih sel-sel yang telah mati. Walau bagaimanapun, dalam kanser, sel-sel yang tidak normal dan sel tambahan terus terbahagi dan merebak ke bahagian badan yang lain, membentuk ketumbuhan.

Terdapat lebih daripada 200 jenis kanser yang dikenal pasti. Penyakit ini boleh berkembang secara senyap di mana sahaja dalam badan anda.

Punca-punca kanser

  • Merokok
  • Pengambilan alkohol
  • Berat badan berlebihan dan obesiti
  • Pelan pemakanan yang tidak sihat
  • Gaya hidup sedentari
  • Jangkitan kronik seperti Helicobacter Pylori, virus Hepatitis B (HBV), virus Hepatitis C (HCV) dan virus papilloma manusia (HPV)
  • Risiko alam sekitar dan pekerjaan termasuklah radiasi mengion dan tidak mengion

Simptom kanser

Terdapat banyak tanda-tanda yang boleh memberi amaran kepada anda tentang kanser. Senarai di bawah menunjukkan beberapa simptom biasa yang ramai orang mungkin tidak sedar.

  • Batuk atau serak suara berpanjangan
  • Perubahan luar biasa pada tabiat membuang air besar
  • Perubahan luar biasa pada tabiat kencing
  • Kesakitan berpanjangan yang tidak dapat dijelaskan
  • Rupa tahi lalat yang aneh
  • Luka yang lambat sembuh
  • Pendarahan yang tidak dapat dijelaskan
  • Perubahan luar biasa dalam berat badan

Rawatan kanser

Pembedahan

Terdapat banyak jenis pembedahan yang dilakukan oleh pakar bedah professional. Rawatan berbeza-beza bergantung kepada keperluan pembedahan, jenis kanser dan bahagian badan yang memerlukan pembedahan.

Rawatan jenis ini berkesan dengan ketumbuhan pejal yang setempat. Ia tidak berfungsi dengan leukemia (sejenis kanser darah) atau untuk kanser yang telah merebak ke kawasan lain.

Terapi radiasi

Rawatan jenis ini menggunakan dos radiasi yang tinggi untuk membunuh sel-sel kanser dan mengecutkan ketumbuhan. Terdapat dua jenis terapi radiasi iaitu pancaran luaran dan dalaman.

Radiasi mungkin diberikan sebelum, semasa, atau selepas pembedahan

  • Sebelum pembedahan, ia adalah untuk mengecilkan saiz ketumbuhan.
  • Semasa pembedahan, pancaran radiasi membunuh sel-sel kanser melalui kulit. Terapi radiasi digunakan dengan cara ini dipanggil radiasi intrabedah.
  • Selepas pembedahan, untuk membunuh sel-sel kanser yang tersisa.

Pemindahan Sel Stem

Pemindahan sel stem adalah prosedur yang digunakan untuk memulihkan sel-sel stem yang membentuk darah yang telah hancur disebabkan dos kemoterapi atau terapi radiasi yang sangat tinggi.

Ubat preskripsi

Dalam terapi ini, setiap pesakit akan mendapat ubat yang disarankan secara khusus oleh doktor. Ubat ini ditentukan mengikut individu dan paling berkemungkinan untuk membantu pesakit berdasarkan pemahaman genetik terhadap penyakit mereka.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Rujukan
Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.
Artikel yang Sama
Hepatitis Autoimun
Belajar Mengenainya
Hepatitis Autoimun
Belajar Mengenainya
Berkabus: Bukan Cermin Kereta Tetapi Otak!
Belajar Mengenainya
Kesan Hepatitis C Terhadap Tubuh
Belajar Mengenainya
Apakah Itu Empat Tahap Sirosis Hati?
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut
kanser hati
Belajar Mengenainya
7 Fakta Tentang Kanser Hati
hati berlemak
Belajar Mengenainya, Menghadapi Penyakit Ini
Hati Berlemak? Fahami Penyakit Ini