backup og meta

Awasi Tanda Bahaya Demam Denggi Jika Badan Panas Lebih 3 Hari, Denggi Tak Kenal Usia!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 09/05/2021

    Awasi Tanda Bahaya Demam Denggi Jika Badan Panas Lebih 3 Hari, Denggi Tak Kenal Usia!

    Demam denggi adalah musuh utama di Malaysia. Iklim tropikal di negara ini menjadikan nyamuk mudah membiak dan menyebarkan virus denggi.

    Dengan mencatatkan angka melebihi 100,000 kes hampir setiap tahun, penyakit ini adalah sesuatu yang perlu diambil tahu oleh semua orang. Boleh jadi, anda pula akan terkena selepas ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Penyakit Berjangkit, sila dapatkannya di sini. 

    Jumpa doktor jika demam lebih 3 hari

    denggi malaysia

    Demam denggi tidak menunjukkan simptom yang spesifik. Kadangkala, pesakit mengalami sakit pada bahagian abdomen menyerupai hepatitis atau apendiks.

    Semua ini tidak menunjukkan secara jelas kepada demam denggi.

    Namun, disebabkan kelaziman yang tinggi, doktor akan mengesyaki demam denggi jika demam berpanjangan.

    Selain demam, awasi juga simptom-simptom berikut:

    • Sakit pada abdomen.
    • Muntah dan cirit birit berulang kali.
    • Sakit-sakit badan dan tidak bermaya untuk berjalan.
    • Pendarahan kulit, mulut, hidung atau di dalam air kencing, najis dan faraj.

    Demam denggi tidak mengenal usia

    Tidak kira sama ada muda atau tua, semua orang boleh terkena denggi. Penyakit ini tidak mengenal usia. Walau bagaimanapun, kanak-kanak adalah lebih berisiko untuk mengalami komplikasi.

    Siapa yang pernah terkena demam denggi masih berisiko mengalaminya lagi. Ini adalah kerana terdapat 4 jenis virus denggi iaitu DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4.

    Contohnya, apabila anda dijangkiti virus DEN 1, anda masih berisiko terkena jangkitan daripada virus DEN 2 dan seterusnya walaupun tidak akan dijangkiti DEN 1.

    Cegah, cegah dan cegah

    denggi malaysia

    Tiada langkah yang lebih baik dan penting berbanding pencegahan dalam menguruskan penyakit ini.

    Langkah-langkah semudah membuang air bertakung, membersihkan laman rumah dan menutup bekas takungan air mungkin mampu menyelamatkan anda serta keluarga dan jiran daripada dijangkiti penyakit ini.

    Anda perlu ingat, meskipun angka kematian adalah kurang daripada 1%, risiko masih ada.

    Ubah kebiasaan yang ada dan bersama-sama memastikan kawasan rumah anda tidak mesra nyamuk aedes. Tiada kos yang besar diperlukan untuk melakukannya.

    Malah, anda boleh mengelakkan denda sehingga RM500 ringgit yang dikenakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah jika rumah anda didapati mengandungi tempat pembiakan nyamuk aedes.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 09/05/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan