Strok Senyap: Apa yang Anda Perlu Tahu

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Sebut sahaja mengenai strok, kebanyakan orang akan membayangkan keadaan dramatik yang menyebabkan gangguan bercakap, bergerak dan mengingat. Walaupun strok boleh menjadi dramatik dan mengakibatkan masalah berkenaan, sesetengah strok adalah halus dan sukar untuk dikenalpasti. Malah, anda berkemungkinan mempunyai strok dan tidak menyedarinya.

Apa itu strok senyap?

Strok senyap (silent stroke) merujuk kepada strok yang mana simptomnya halus dan sukar ditemui. Strok senyap lebih biasa daripada strok bersimptom. Malah, ia berlaku 14 kali lebih kerap daripada strok dengan simptom yang jelas. Dianggarkan lebih satu pertiga orang berumur 70 tahun ke atas mempunyai sekurang-kurangnya satu strok senyap.

Siapakah berisiko mendapat strok senyap?

Oleh kerana strok senyap hanya boleh dilihat menerusi ujian pengimejan, adalah sukar bagi pesakit untuk mengetahui apabila ia berlaku. Salah satu strategi terbaik untuk mengesan strok senyap adalah mengenali faktor-faktor yang menyebabkan kecenderungan strok berlaku. Antara faktor risiko strok senyap adalah:

  • Diabetes
  • Tekanan darah tinggi
  • Kolesterol tinggi
  • Penggunaan ubat
  • Tekanan/stres
  • Merokok
  • Penyakit serebrovaskular
  • Fibrilasi atrium
  • Obesiti
  • Gaya hidup statik (sedentary)

Apakah kemungkinan komplikasi strok senyap?

Satu kajian orang pertengahan umur tanpa tanda-tanda strok yang jelas mendapati bahawa kira-kira 10% mengalami kerosakan otak dari seorang.

Sekiranya seseorang itu mengalami strok senyap yang berulang, ia boleh menyebabkan kerosakan yang ketara dan kekal. Ia boleh menyebabkan penurunan kognitif dan demensia dengan kesan yang teruk pada ingatan.

Dari semasa ke semasa, kesan strok senyap berulang boleh berkumpul dan membawa kepada lebih banyak kerosakan ingatan dan lain-lain.

Kesan strok senyap ini lama-kelamaan akhirnya boleh menyebabkan kesukaran bagi otak untuk berfungsi dengan baik. Akhirnya, strok senyap ini menjejaskan pergerakan dan percakapan akibat bahagian otak yang bertanggungjawab untuk fungsi-fungsi berkenaan telah mati.

Kerosakan yang berlaku adalah kekal, tetapi terapi mungkin membantu merangsang bahagian otak yang lain supaya anda dapat memperoleh semula keupayaan yang mungkin lemah.

Apakah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko?

Sekiranya anda mempunyai strok senyap, anda mungkin tidak akan mengetahuinya kecuali jika anda melakukan imbasan otak dan wujudnya kerosakan. Anda mungkin menghadapi sedikit masalah ingatan.  Doktor mungkin dapat melihat tanda-tanda strok senyap tanpa ujian.

Tanda-tanda yang berpotensi seperti:

  • Perubahan mood dan keperibadian
  • Masalah kawalan pundi kencing
  • Kurangnya pergerakan otot yang diselaraskan
  • Keseimbangan terjejas dan jatuh
  • Kehilangan ingatan atau masalah kognitif

Menurut Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC), sehingga 80 peratus daripada strok boleh dicegah melalui perubahan gaya hidup sihat. Berikut beberapa tindakan positif bagi mereka yang berisiko mengalami strok:

  • Memeriksa tekanan darah secara berkala dan memastikan ia terkawal.
  • Berhenti merokok kerana merokok lebih daripada dua kali ganda berisiko strok.
  • Menjaga berat badan yang bormal dengan ketinggian.
  • Mengehadkan pengambilan garam harian.
  • Menjaga paras kolesterol.
  • Makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang disyorkan setiap hari.
  • Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kerana senaman yang teratur dapat mengurangkan risiko strok dengan ketara.
  • Makan makanan yang sihat. Diet Mediterranean yang penuh dengan makanan berasaskan tumbuhan telah ditunjukkan untuk mengurangkan risiko serangan strok dan jantung.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan
Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.
Artikel yang Sama
may-stroke-affect-health
Belajar Mengenainya, Bantu Pesakit
Fakta Ringkas Mengenai Strok
Bantu Pesakit
Kemurungan Selepas Strok
strok
Belajar Mengenainya
Garis Panduan Baru Strok Untuk Wanita
Menghadapi Penyakit Ini
Bolehkah Pesakit Strok Sembuh Sepenuhnya?
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut
diabetes-check-test-home-testing
Belajar Mengenainya, Menghadapi Penyakit Ini
Awasi Strok Jika Anda Ada Diabetes
Bantu Pesakit, Menghadapi Penyakit Ini
Strok. Sekali Terkena, Lama Tersiksa.