Strok boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, pada mana-mana peringkat umur. Namun lebih banyak kematian wanita dan strok.
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Strok boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, pada mana-mana peringkat umur. Namun lebih banyak kematian wanita dan strok.
Malah mereka juga mempunyai kesan yang lebih teruk selepas strok. Kebanyakan wanita yang hidup dengan kesan strok akan berdepan lebih banyak cabaran untuk pulih.
Menurut World Health Rankings, data terkini yang diterbitkan Pertubuhan Kesihatan Dunia pada 2017, kematian akibat strok di Malaysia mencapai jumlah 15, 642 orang atau 11.3 peratus daripada jumlah kematian. Umur kematian yang diselaraskan adalah 71.5 setiap 100,000 jumlah penduduk Malaysia pada kedudukan 113 dalam dunia.
Berita baik untuk wanita adalah biasanya hidup lebih lama daripada lelaki. Berita kurang baiknya adalah mereka berrisiko mengalami strok susulan dengan peningkatan usia.
Ini kerana tubuh wanita tidak sama dengan lelaki dan strok mempengaruhi mereka secara berbeza-beza pada peringkat kehidupan yang berbeza. Bagi wanita, risiko strok lebih tinggi semasa kehamilan. Disebabkan oleh tubuh wanita juga perlu penyesuaian dengan menopaus, ia meningkatkan lagi risiko strok.
Wanita berusia khusunya sangat terdedah kepada strok dan kesannya juga boleh melemahkan dan menghilangkan keupayaan untuk berdikari.
Secara umumnya, wanita dan lelaki berdepan dengan simptom strok yang sama seperti:
Bagaimanapun, wanita sering kali dilaporkan dengan simptom tambahan berikut:
Cara lelaki dan wanita cenderung bertindak balas terhadap simptom juga berbeza. Lelaki cenderung minimumkan simptom mereka.
Sebaliknya, wanita mengakui simptom mereka tetapi cuba untuk memberi alasan lain seperti tekanan darah tinggi, pengambilan ubat baru, tidak mendapat tidur yang baik dan sebagainya.
Sesetengah faktor risiko strok adalah unik kepada wanita.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen