backup og meta

Benarkah Wanita Lebih Berisiko Tinggi Mengalami Strok, Tapi MENGAPA? Ini Sebabnya!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 18/01/2021

    Benarkah Wanita Lebih Berisiko Tinggi Mengalami Strok, Tapi MENGAPA? Ini Sebabnya!

    Strok boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, pada mana-mana peringkat umur. Namun lebih banyak kematian wanita dan strok.

    Malah mereka juga mempunyai kesan yang lebih teruk selepas strok. Kebanyakan wanita yang hidup dengan kesan strok akan berdepan lebih banyak cabaran untuk pulih.

    Menurut World Health Rankings, data terkini yang diterbitkan Pertubuhan Kesihatan Dunia pada 2017, kematian akibat strok di Malaysia mencapai jumlah 15, 642 orang atau 11.3 peratus daripada jumlah kematian. Umur kematian yang diselaraskan adalah 71.5 setiap 100,000 jumlah penduduk Malaysia pada kedudukan 113 dalam dunia.

    Wanita dan strok, kenapa bukan lelaki?

    Berita baik untuk wanita adalah biasanya hidup lebih lama daripada lelaki. Berita kurang baiknya adalah mereka berrisiko mengalami strok susulan dengan peningkatan usia. 

    Ini kerana tubuh wanita tidak sama dengan lelaki dan strok mempengaruhi mereka secara berbeza-beza pada peringkat kehidupan yang berbeza. Bagi wanita, risiko strok lebih tinggi semasa kehamilan. Disebabkan oleh tubuh wanita juga perlu penyesuaian dengan menopaus, ia meningkatkan lagi risiko strok.

    Wanita berusia khusunya sangat terdedah kepada strok dan kesannya juga boleh melemahkan dan menghilangkan keupayaan untuk berdikari.

    Adakah simptom wanita dan lelaki berbeza?

    Secara umumnya, wanita dan lelaki berdepan dengan simptom strok yang sama seperti:

    Bagaimanapun, wanita sering kali dilaporkan dengan simptom tambahan berikut:

    • Kesukaran bernafas
    • Pengsan atau tidak sedar
    • Rasa lemah secara keseluruhan
    • Berhalusinais
    • Tersedu (Hiccups)
    • Kejang
    • Perubahan tingkah laku atau pergerakan secara tiba-tiba
    • Muntah atau mual

    Cara lelaki dan wanita cenderung bertindak balas terhadap simptom juga berbeza. Lelaki cenderung minimumkan simptom mereka.

    Sebaliknya, wanita mengakui simptom mereka tetapi cuba untuk memberi alasan lain seperti tekanan darah tinggi, pengambilan ubat baru, tidak mendapat tidur yang baik dan sebagainya.

    Adakah faktor risiko wanita berbeza dengan lelaki?

    Sesetengah faktor risiko strok adalah unik kepada wanita.

    • Kebanyakan kehidupan wanita meningkatkan risiko strok seperti semasa kehamilan, menopaus dan peningkatan usia.
    • Kontraseptif oral dan terapi penggantian hormon meningkatkan risiko strok.
    • Risiko Afib (fibrilasi atrium) akibat peningkatan usia. Afib adalah faktor risiko yang signifikan bagi strok. Oleh kerana jangka hayat wanita lebih lama daripada lelaki, terdapat lebih ramai wanita hidup dengan Afib. Strok disebabkan oleh Afib ini selalunya lebih teruk pada wanita dan lebih ramai kematian wanita berkait dengan Afib atau mempunyai lebih banyak kekurangan dan kualiti hidup yang lebih buruk berbanding lelaki.
    • Tekanan darah tinggi dan diabetes juga faktor risiko bagi strok.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 18/01/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan