Lumpuh Selepas Strok. Apa Lagi Komplikasinya?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/11/2019
Share now

Strok adalah penyakit yang serius. Lebih daripada 30% pesakit strok berakhir dengan kematian, menurut data daripada Hospital Kuala Lumpur. Bagi mereka yang masih dipanjangkan umur, beberapa komplikasi boleh menimpa diri mereka.

Apakah komplikasi tersebut?

1. Lumpuh

Strok boleh menjejaskan mana-mana bahagian otak. Kawasan yang paling kerap terkesan ialah bahagian yang bertanggungjawab mengawal pergerakan badan. Jika bahagian ini terjejas, otot yang dikawal oleh bahagian tersebut akan hilang kawalan.

Biasanya, lumpuh akan melibatkan satu sisi badan. Jika otak bahagian kiri terkena strok, sisi kanan badan akan menjadi lumpuh dan sebaliknya. Walau bagaimanapun, dengan menjalani rawatan fisioterapi yang betul, keadaan boleh diperbaiki dan lumpuh boleh dikurangkan.

Penjagaan yang rapi diperlukan untuk pesakit lumpuh. Jika tidak, beberapa komplikasi lain mungkin berlaku seperti bedsore (luka katil) dan darah beku di dalam vena (deep venous thrombosis).

2. Susah bercakap atau menelan

Serangan strok boleh menjejaskan otot di kawasan mulut dan tekak. Jika ini berlaku, pesakit akan mengalami kesukaran dalam melakukan aktiviti melibatkan bahagian ini termasuk bercakap tidak jelas (dysarthria) dan susah menelan (dysphagia) atau makan.

Kadangkala, fungsi otak yang lebih kompleks juga boleh terjejas menyebabkan pesakit gagal bercakap atau memahami percakapan, membaca atau menulis. Keadaan ini disebut sebagai aphasia. Terapi bahasa dan pertuturan mungkin boleh membantu.

3. Masalah memori atau berfikir

Ada juga yang mengalami masalah memori selepas daripada serangan strok. Dalam sesetengah kes, pesakit menghadapi masalah dalam membuat keputusan, berhujah dan memahami konsep sesuatu perkara.

4. Emosi tidak terkawal

Selain daripada kesan langsung daripada strok, ketidakstabilan emosi turut disumbangkan oleh komplikasi-komplikasi lain yang mengganggu kualiti hidup pesakit. Kesannya, pesakit tidak boleh mengawal emosi dengan baik dan keadaan tersebut mungkin menjadi lebih parah sehingga ke tahap depresi atau kemurungan.

5. Rasa sakit

Rasa sakit, kebas atau rasa janggal yang lain mungkin berlaku di bahagian badan yang terjejas dengan strok. Contohnya, jika lengan kiri hilang deria rasa disebabkan strok, pesakit mungkin juga mengalami rasa kebas atau semut-semut di bahagian tersebut.

6. Perubahan pada tingkah laku dan penjagaan diri

Pesakit strok mungkin tidak mampu menguruskan diri sendiri dengan baik. Mereka perlu dijaga untuk menjalani urusan asas harian. Mereka juga mungkin akan lebih menyendiri daripada bersosial di dalam masyarakat. Orang sekeliling harus memainkan peranan dalam memberikan sokongan kepada golongan ini bagi meningkatkan kualiti hidup mereka.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Sakit Tekak Biasa Atau Disebabkan COVID-19? Ini Cara Kenal Pasti Simptom Jangkitan Coronavirus

    Pelbagai jenis simptom telah dikaitkan dengan jangkitan virus korona baharu, antaranya adalah demam, sakit tekak dan batuk.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 01/06/2020

    Nak Tahu Cara Guna Kondom Wanita? Kena Baca Ini Supaya Tiada Kes TERSEKAT Dalam Faraj

    Si dia tidak mahu pakai kondom masa seks? Tidak mengapa, ini cara pakai kondom wanita boleh dicuba. Penting sebab boleh mencegah jangkitan penyakit kelamin.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Sifar Kes Baharu 7 Hari Berturut-Turut, Ini Kejayaan New Zealand Basmi Wabak COVID-19

    Kes baharu COVID-19 di New Zealand sudahpun mencecah angka sifar. Beberapa negara di Asia juga menunjukkan tanda-tanda pemulihan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 29/05/2020

    Tak Perlu Guna Kalkulator, Ini Cara Mudah Nak Kira Waktu Subur Selepas Period

    Jika anda ingin hamil, perkara wajib yang perlu anda tahu adalah cara anggar waktu subur selepas period. Mudah sahaja, tidak perlu guna kalkulator ovulasi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli