Kehidupan Selepas Strok

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Strok menjejaskan setiap orang secara berbeza. Ramai orang masih boleh menjalani kehidupan yang berkualiti selepas serangan strok. Proses pemulihan daripada strok memerlukan banyak perubahan pada kebiasaan yang diamalkan sebelumnya. Ia bertujuan mengembalikan semula fungsi badan yang terganggu di samping mengelakkan berlaku serangan strok kedua.

Rasa tertekan, marah, dan sedih adalah biasa selepas mengalami serangan strok. Perubahan yang berlaku pada fizikal secara tiba-tiba tentu membuatkan kehidupan dan emosi terganggu. Bukan itu sahaja, hubungan dengan pasangan atau keluarga dan ekonomi juga mungkin akan turut sama terkesan.

Strok bukan satu pengakhiran

Masih banyak peluang dan ruang yang ada untuk kehidupan yang gembira selepas serangan strok. Proses rehabilitasi membantu penghidap penyakit ini menghadapi cabaran yang ada.

Sepanjang rehabilitasi, pesakit mungkin perlu mempelajari skil baru atau mempelajari semula fungsi badan yang telah terjejas untuk menyesuaikan diri dengan keterbatasan dan cabaran baru dalam hidup.

Dengan penjagaan dan proses rehabilitasi yang betul, masih ada sinar selepas strok.

Bagaimana ingin meneruskan kehidupan?

Langkah pertama – masuk ke dalam komuniti

Ini ialah perkara paling penting yang perlu dilakukan. Antara kesilapan yang dilakukan oleh sesetengah pesakit ialah mengasingkan diri daripada masyarakat. Mereka sebenarnya sangat memerlukan sokongan daripada masyarakat dan anda akan dapati ramai orang yang ingin membantu golongan ini.

Semakin jauh pesakit melarikan diri, semakin berat cabaran yang harus ditempoh.

Menguruskan keadaan selepas strok

Pelbagai perubahan yang berlaku dalam bentuk fizikal dan emosi perlu diuruskan dengan baik. Selain sokongan dari pasangan, keluarga, dan masyarakat, rawatan sepatutnya perlu didapatkan dari profesional kesihatan. Langkah ini sangat penting untuk mengembalikan semula fungsi badan yang terjejas.

Perubahan gaya hidup

Kehidupan sudah tentu berubah, gaya hidup juga perlu disuaikan dengan keadaan. Dari pemakanan, berat badan, aktiviti fizikal hingga pengurusan kewangan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut