Bolehkah Pesakit Strok Sembuh Sepenuhnya?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Strok adalah merupakan punca hilang upaya utama di Malaysia. Ia bahkan dilaporkan sebagai punca kematian nombor 3 di Malaysia. Kesan yang terpaksa dihadapi oleh pesakit tentu sangat memeritkan. Bukan sahaja fizikal, mental serta emosi juga turut terjejas.

Adakah pesakit strok boleh sembuh?

Jawapan kepada soalan ini adalah ya.

Namun, setiap orang adalah berbeza. Ada yang cepat, ada yang sedikit lewat. Malah mungkin ada juga yang tidak mampu sembuh sepenuhnya kerana bahagian otak yang terjejas terlalu besar ditambah dengan penyakit-penyakit lain seperti kencing manis, penyakit jantung dan darah tinggi.

Serangan strok berlaku kerana sel-sel otak tidak mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Keadaan ini berlaku disebabkan pembuluh darah di dalam otak pecah atau tersumbat (lebih kerap). Kesannya, sel-sel tersebut akan kebuluran dan mungkin mati.

Berbeza dengan sel dan tisu lain di dalam badan, sel otak tidak mempunyai potensi untuk berkembang biak dan tumbuh semula. Jika ada luka pada kulit, contohnya, selepas beberapa hari, kulit tersebut akan sembuh dan bercantum semula. Ini tidak berlaku pada otak. Apa sudah mati, ia tidak akan dapat dikembalikan.

Walau bagaimanapun, ia mempunyai sifat yang unik iaitu ia mampu melakukan sesuatu yang disebut sebagai rewiring. Bahagian otak yang telah mati dan kehilangan fungsi boleh diimbangi oleh bahagian otak yang lain. Ia seolah-olah melatih otak anda untuk belajar semula fungsi badan yang telah hilang seperti berjalan, bercakap dan menelan makanan. Proses belajar semula inilah yang disebut sebagai rehabilitasi.

Berapa lama masa yang diambil?

Sangat bergantung kepada individu. Boleh jadi sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun. Lebih cepat rehabilitasi dimulakan, lebih cepat pesakit boleh sembuh. Namun, doktor akan memastikan keadaan pesakit stabil terlebih dahulu sebelum memulakan rehabilitasi.

Antara perkara yang termasuk dalam proses rehabilitasi ini adalah:

  • Aktiviti fizikal – senaman skil motor, latihan bergerak, terapi julat pergerakan sendi.
  • Bantuan teknologi – rangsangan elektrik, teknologi robotik.
  • Aktiviti kognitif dan emosi – terapi kognitif, komunikasi, psikologi, ubat-ubatan psikiatri.

Sokongan daripada pasangan dan ahli keluarga dari sudut kewangan mahupun emosi adalah sangat penting dalam memberikan motovasi kepada pesakit untuk kekal bersemangat menjalani terapi. Bantulah mereka. Bawa mereka ke pusat pemulihan dan hospital serta berada di sisi mereka sebagai tanda sokongan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.
Artikel yang Sama
Belajar Mengenainya
Fakta Penting Mengenai Strok
Belajar Mengenainya
Ikan Mengurangkan Risiko Strok dan Penyakit Jantung
Belajar Mengenainya
Mencegah Lebih Baik – Kenali Punca Strok.
Menghadapi Penyakit Ini
Kehidupan Selepas Strok
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut