Pernahkah anda ‘skip’ waktu makan dan rasa perut masuk angin, kerap sendawa dan sering loya? Jika ya, ia bermakna anda mengalami masalah gastrik angin. Namun, apa sebenarnya ia dan apa cara hilangkan gastrik?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.
Gastrik angin dalam perut itu sebenarnya wujud ke?
Istilah gastrik angin selalunya merujuk kepada masalah perut berangin, namun ia sebenarnya kurang tepat.
Perkataan ‘gastrik’ dalam istilah perubatan didefinisikan sebagai ‘perut’. Jadi istilah tepat bagi penyakit ini adalah gastritis.
Namun, disebabkan penggunaan nama tersebut amat meluas di Malaysia, doktor turut menggunakan istilah sama bagi memudahkan pemahaman pesakit dan untuk mengelak timbul kekeliruan.
Jadi apakah sebenarnya gastrik jenis ini?
Gastrik atau gastritis merujuk kepada keradangan yang berlaku pada lapisan dalam perut. Keadaan ini berlaku apabila terjadinya penurunan pada tahap perlindungan lapisan dalam perut.
Fungsi normal perut adalah mengeluarkan asid (gastric juice) yang berfungsi mencerna makananan dan membunuh kuman mahupun bakteria yang masuk melalui mulut, ketika anda sedang makan, bernafas dan sebagainya.
Disebabkan tahap keasidan dalam perut tinggi, terdapat satu mekanisme terbentuk yang dirujuk sebagai protective mechanism.
Ia berperanan melindungi dan mencegah dinding perut daripada terhakis.
Mekanisme ini akan menghasilkan sejenis lapisan cecair atau mukus yang menjadi penghalang (protective layer) kepada asid daripada mengenai dinding perut.
Jadi seandainya anda mengalami masalah gastrik, ia bermakna berlaku atau terdapat sesuatu yang telah mengganggu penghasilan lapisan ini.
Gastritis ringan: Terdapat keradangan atau pembengkakan disebabkan iritasi pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan
Gastritis berat: Berlaku kecederaan seperti luka pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan, lalu menyebabkan gastritis berat
Ulser gastrik (peptic ulcer): Satu masalah ulser perut. Ulser adalah luka terbuka. Terdapat darah yang boleh dikesan dalam analisis muntah atau najis
4 faktor penyebab gastrik angin wajib diketahui
Antara punca gastritis disebabkan oleh gangguan pada penghasilan mukus di dalam perut sehingga mewujudkan keradangan, seperti:
#1 Jangkitan bakteria ‘Helicobacter pylori’, antara punca gastrik angin
Bakteria ini boleh menjangkiti manusia melalui pengambilan makanan yang tercemar. Bakteria ini akan bergerak masuk ke lapisan mukus yang melindungi dinding perut.
Apabila berjaya melepasi lapisan ini, bakteria H.pylori akan bersarang dan mengeluarkan bahan kimia yang boleh menghakis lapisan perlindungan dalam perut, lalu mengakibatkan rasa pedih dan sakit pada perut.
Penyebab gastrik angin #2 Pengambilan ubat tahan sakit NSAIDs
NSAIDs adalah Non-steroidalAnti-inflammatory Drugs. Ia ubat tahan sakit yang sering diberi doktor.
Ubat ini untuk individu dengan masalah sakit sendi (keradangan) atau sakit otot kerana ia berfungsi menghalang pembentukan prostaglandin yang mengakibatkan rasa sakit dalam badan.
Tapi dalam masa sama, bahan kimia prostaglandin diperlukan untuk penghasilan mukus.
Pengambilan ubat ini menyebabkan penghasilan mukus berkurang kerana prostaglandin tak cukup menampung keperluan dalam proses penghasilan mukus.
Keadaan ini akan mengakibatkan asid perut menghakis dinding perut.
Kenapa gastrik angin terjadi #3 Tahap tekanan tinggi
Masalah ini juga boleh berlaku apabila tahap tekanan yang tinggi membebani badan.
Antara penyebab tekanan ini seperti pembedahan major disebabkan masalah kesihatan lain, atau sebarang kecederaan teruk yang boleh merangsang penghasilan asid yang tinggi dalam perut.
4. Pengambilan alkohol berlebihan
Minuman beralkohol dipercayai mampu mendatangkan kerengsaan dan mengikis lapisan perut, sekali gus menyebabkan ia terdedah kepada asid.
Antara punca lain gastrik adalah:
Tindak balas dengan makanan atau ubat
Tindak balas dengan bahan kimia
Merokok
Peningkatan usia
6 simptom gastrik angin kerap terjadi
Terdapat beberapa tanda gastrik angin
Senak perut (ketidakhadaman)
Senak perut adalah rasa sakit perut pada bahagian atas perut. Biasanya masalah ini berlaku selepas anda makan atau minum.
Ia disebabkan asid yang memecahkan lapisan pelindung dinding perut yang membawa kepada kerengsaan dan kesakitan.
Pedih ulu hati antara tanda gastrik angin
Pedih ulu hati terjadi apabila kandungan asid dalam perut masuk semula ke dalam saluran pemakanan (esofagus) bersama-sama makanan yang dihadam.
Anda akan rasa sakit pada bahagian dada atau tekak seperti terbakar. Selalunya terjadi selepas makan berat.
Ini mungkin tanda masalah Gastro Esophageal Reflux Disease (GERD).
Masalah refluks gastroesophageal merupakan masalah pencernaan kronik yang berlaku apabila asid perut atau kandungan perut mengalir kembali ke kerongkong anda.
Hilang selera makan
Masalah gastrik angin ini juga cenderung membuatkan anda hilang selera makan.
Perut kembung, salah satu tanda gastrik angin
Perut kembung terjadi apabila perut mengeluarkan asid penghadaman secara berlebihan kerana kerosakan saraf pada bahagian dalaman dinding perut.
Akibatnya, asid berlebihan ini akan melalui usus dan bertindak balas membentuk gas atau angin dalam perut. Ia akhirnya mengakibatkan usus dalam perut menjadi tegang dan kembung.
Loya dan muntah
Angin dalam perut akan membuatkan anda loya atau mual. Muntah akibat gastrik biasanya berwarna jernih, kuning, atau kehijauan.
Ia mungkin mengandungi darah, bergantung pada tahap gastritis yang dihadapi.
Badan berasa lemah dan lesu
Apabila anda mengalami gastrik, badan secara automatik akan sentiasa lemah dan lesu. Ini kerana anda perlu menahan sakit yang menyebabkan ketidakselesaan dan penat.
Antara tanda gastrik angin lain adalah:
Kerap sendawa berulang kali
Sering membuang angin (kentut) selepas makan
Najis berwarna hitam, dipercayai akibat gastritis yang kronik
3 cara hilangkan gastrik
Apakah cara hilangkan gastrik angin sesak nafas?
Untuk merawat masalah gastritis, terdapat beberapa ubat gastrik angin yang boleh membantu, seperti:
Antasid berfungsi memperbaiki lapisan tambahan mukus, yang diambil 3 kali sehari sebelum makan. Ia adalah campuran bahan kimia yang mampu mengurangkan tahap keasidan perut dan boleh dibeli di farmasi.
Namun, pengambilan ubat antasid ini dikatakan akan memberikan beberapa kesan sampingan. Antara kesan sampingan yang mungkin dialami:
Turut dikenali sebagai antagonis H2. Ubat ini berfungsi mengurangkan rembesan asid. Contoh ubat jenis H2-blocker adalah ranitidine.
Cara hilangkan gastrik angin sesak nafas #3 Proton pump inhibitor
Perencat pam proton (PPI) bertujuan mengurangkan rembesan asid dengan lebih berkesan. Ubat PPI ini biasanya diberi pada pesakit dengan gastritis yang teruk atau ulser perut.
Antara contoh ubatan yang akan diberikan adalah lansoprazole atau pantoprazole.
Kini, anda telah mengetahui beberapa cara untuk hilangkan gastrik. Namun begitu, anda dinasihati untuk segera berjumpa dengan doktor sekiranya simptom anda menjadi lebih kronik.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen