Gula Boleh Menyebabkan Osteoporosis?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date 28/11/2019
Share now

Gula semakin banyak digunakan dalam industri makanan kerana kemampuannya meningkatkan rasa makanan. Salah satu jenis gula yang paling kerap digunakan dalam industri makanan adalah fruktosa, yang telah dikaitkan dengan peningkatan risiko obesiti, masalah jantung, dan kencing manis. Selain semua risiko-risiko kesihatan, kajian baru menunjukkan fruktosa boleh memudaratkan kesihatan tulang juga.

Penggunaan fruktosa dikaitkan dengan penyerapan kalsium lemah

Kalsium adalah mineral yang bertanggungjawab untuk menyokong struktur tulang dan untuk kesihatan badan keseluruhannya. Tubuh manusia tidak boleh menghasilkan kalsium, jadi ia mesti diperolehi daripada diet. Badan anda mengawal tahap darah kalsium, penyerapan usus dan buah pinggang, serta pengambilan dan pengeluaran kalsium daripada tulang dengan mekanisme tertentu. Untuk mengkaji bagaimana fruktosa mengganggu mekanisme penggunaan kalsium, tikus dalam kajian diberikan diet fruktosa tinggi.

Penyerapan kalsium dalam tikus menurun, diikuti dengan tahap kalsium menurun dalam tubuh. Ini menyebabkan tulang melepaskan kalsium dalam usaha untuk mengimbangi tahap kalsium badan, menyebabkan kehilangan kepadatan tulang (osteoporosis).

Pengambilan gula yang berlebihan boleh membawa kepada kekurangan kalsium

Kajian terhadap dua kumpulan subjek yang sihat yang memepunyai peningkatan risiko batu karang mendapati bahawa pengambilan gula berlebihan menyebabkan badan mengeluarkan kalsium dalam kuantiti yang besar melalui air kencing.

Terlalu banyak gula berkait dengan peningkatan tahap kortisol 

Tahap kortisol mempunyai kesan yang merosakkan ke atas kesihatan tulang. Biasanya, tahap kortisol dalam badan terjejas disebabkan tekanan. Walau bagaimanapun, pengambilan gula yang tinggi juga boleh meningkatkan tahap kortisol. Satu kajian mengenai hamsters menunjukkan bahawa diet sukrosa yang tinggi boleh menyebabkan osteoporosis walaupun dengan pengambilan kalsium yang mencukupi.

Bagaimana pula dengan buah-buahan dan sayur-sayuran?

Kajian yang dilaksanakan kebanyakannya tertumpu kepada jenis gula yang diproses dan halus, dan bukannya yang secara semula jadi dalam makanan. Ini kerana selain gula, buah-buahan juga kaya dengan serat, yang menghalang pembebasan molekul gula. Jika anda ingin melindungi tulang anda, anda disarankan untuk mengehadkan pengambilan gula diproses.

Tip untuk kurang makan gula

Kadar ganti tunas rasa anda adalah sekitar 10 hari, yang bermakna jika anda boleh menahan diri daripada gula untuk 10 hari, anda akan berkembang selera baru yang tidak begitu mengingati keenakan gula. Jika anda masih mahu sedikit rasa manis dalam hidangan anda, cubalah madu. Madu sangat berkhasiat dan lazat, tapi ambillah secara sederhana. Atau, anda boleh beralih kepada stevia. Stevia merupakan pemanis yang diperolehi daripada sumber tumbuh-tumbuhan. Rasanya baik dan lebih sihat daripada gula.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    Rujukan

    The Relationship Between Fructose and Bone Fragility. http://www.livescience.com/23039-fructose-effects-calcium-absorption-nsf-bts.html. Accessed April 18, 2017.

    Is Sugar Toxic For Your Bones? https://saveourbones.com/is-sugar-toxic-for-your-bones/. Accessed April 18, 2017.

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Susah Nak Tidur Malam? Mungkin Ia Kerana Roti Putih Yang Anda Makan Tadi!

    Ramai cakap kafein punca susah tidur malam. Tapi mungkinkah roti putih juga menjadi punca insomnia? Yang lebih penting, susah tidur gejala penyakit apa?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Penyakit Simpanan Glikogen Jenis 2

    Penyakit simpanan glikogen jenis 2 (penyakit Pompe) adalah sejenis penyakit metabolik keturunan yang disebabkan oleh kekurangan enzim alfa-glukosidase.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab

    Ketagihan Gula? Ini Puncanya.

    Adakah gula merupakan sumber tenaga yang ideal untuk otak berbanding dengan sumber lain. Ikuti artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Kenapa Orang Gemuk Makin Gemuk, Walaupun Dah Cuba Pelbagai Diet? Ini Sebabnya!

    Jika lemak itu tenaga, bukankah orang gemuk boleh gunakan tenaga tersebut jika glukosa di dalam darah habis? Ikuti artikel ini untuk penerangan selanjutnya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli