Penyakit kulit bintik putih kecil atau lebih dikenali sebagai vitiligo atau sopak adalah berbeza dengan masalah kulit albinisme.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Penyakit kulit bintik putih kecil atau lebih dikenali sebagai vitiligo atau sopak adalah berbeza dengan masalah kulit albinisme.
Mungkin ramai yang tidak tahu dan sering menggunakan perkataan tersebut untuk merujuk kepada kedua-dua kondisi kulit tersebut.
Walau bagaimanapun, ia tidak sama. Oleh sebab keadaan kulit bagi kedua-duanya menunjukkan kesan yang nyata, pesakit menghadapi pelbagai impak sosial negatif.
Walau bagaimanapun, vitiligo boleh dirawat.
Sempena Hari Vitiligo Sedunia, 25 Jun ini, kami rungkaikan mitos tentang penyakit vitiligo dan albinisme.
Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.
Apa yang anda perlu tahu adalah vitiligo dan albinisme bukan satu bentuk jangkitan maka ia tidak boleh berjangkit.
Ia juga bukan kanser dan tidak berbahaya kepada individu dari sudut kesihatan fizikal.
Namun, jika dilihat dari perspektif sosial, mereka yang mengalami masalah kulit ini mempunyai kecenderungan untuk dibuli dah disisihkan hanya kerana mereka kelihatan berlainan (baca: unik).
Perkara ini boleh terjadi memandangkan ramai yang tidak faham tentang masalah vitiligo.
Juga, bagaimana penyakit kulit bintik putih kecil tersebut boleh dibezakan dengan masalah albinisme?
Perbezaan pada ton kulit ditentukan oleh kepekatan sel melanosit.
Sel ini menghasilkan pigmen yang dikenali sebagai melanin. Ia bukan sahaja mewarnai kulit malah membantu melindunginya daripada matahari.
Kepekatan warna kulit tidak bergantung kepada jumlah melanosit tetapi seberapa aktifkah sel tersebut menghasilkan melanin.
Mereka yang berkulit gelap mempunyai kadar penghasilan melanin yang tinggi.
Apabila sel melanosit itu berhenti menghasilkan melanin atas faktor tertentu, ia berupaya untuk menghasilkan kawasan tompok putih yang kecil pada mulanya.
Perkara ini bukan sahaja berpunca daripada masalah fungsi sel di dalam badan, ia juga berlaku disebabkan faktor tekanan dari luar.
Masih banyak yang kita tidak tahu mengenai vitiligo namun kebanyakan pakar berpendapat ia berpunca daripada sistem imun badan yang menyerang sel melanosit.
Oleh sebab itulah, kira-kira 20% individu yang mempunyai vitiligo turut mempunyai masalah autoimun.
Selain itu, masalah genetik juga boleh menyebabkan seseorang cenderung mendapat masalah vitiligo.
Berbeza dengan vitiligo, albinisme merupakan masalah genetik yang menyebabkan kecacatan fungsi pada sel melanosit.
Ini bermakna proses penghasilan boleh jadi terganggu (kurang) atau tidak berlaku sejak mereka dilahirkan lagi.
Oleh sebab ia merangkumi keseluruhan sel di dalam badan, mereka yang mengalaminya mempunyai tona warna rendah (atau tiada langsung) pada kulit, rambut dan mata.
Setakat ini tiada rawatan yang boleh dipreskripsikan kepada mereka yang mengalami albinisme.
Walau bagaimanapun, rawatan sokongan perlu diberikan bagi mengelakkan sel kulit musnah akibat radiasi matahari.
Baca juga:
Mereka yang mempunyai masalah ini perlu menggunakan peralatan yang boleh menapis sinar ultraungu yang mampu merosakkan sel kulit dan menyebabkan masalah kanser.
Jika dilihat pada perbezaan albinisme dan vitiligo, kita boleh simpulkan 3 iaitu:
Salah satu sebab yang nyata adalah bagi meningkatkan kesedaran orang awam terhadap 2 jenis penyakit yang berbeza, bukan satu.
Kepentingan untuk memahami proses patologi bagi penyakit dapat meningkatkan kualiti hidup penderita terutamanya dalam aspek sosial.
Kajian pada tahun 2016 oleh sekumpulan doktor perubatan di Amerika Syarikat telah menunjukkan hampir 50% individu yang mempunyai masalah vitiligo menghadapi impak negatif dalam hubungan sosial mereka.
Penderita juga sering:
Apabila tekanan psikologi dialami oleh penderita, ia boleh mempengaruhi tahap kesihatan fizikal mereka juga.
Tidak seperti vitiligo, mereka yang mengalami masalah albinisme tidak boleh sembuh dan berisiko untuk mendapat kanser kulit.
Maka, amat penting untuk anda faham, kedua-dua masalah tersebut, tidak berjangkit dan ia bukanlah satu bentuk kanser.
Mereka mempunyai keperluan sosial yang sama dengan individu lain, maka, jangan biarkan tanggapan negatif anda mempengaruhi kesihatan diri mereka secara umum.
Masalah vitiligo boleh dirawat dan ada cara untuk menghindarkannya daripada terus melarat.
Bagi penderita albinisme, anda perlu jaga sebaik-baiknya diri anda. Tiada individu yang lebih rendah daripada yang lain. Walaupun seseorang itu mempunyai masalah kesihatan sebegini.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen