Sakit Sendi Selepas Rawatan Chikungunya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/11/2019 . 2 minit bacaan

Sekiranya anda baru sahaja sembuh daripada deman Chikungunya tetapi masih mengalami kesakitan yang berterusan pada bahagian sendi, ia mungkin artritis Chikungunya atau dikenali juga sebagai Post Viral Arthropathy. Walaupun keadaan ini boleh disembuhkan, ia boleh menimbulkan ketakutan bagi pesakit.

Kesan Selepas Demam Chikungunya

  • Sakit sendi (paling biasa) – Ia mungkin berlaku dalam beberapa minggu.
  • Berasa lemah.
  • Keletihan dan tidak bermaya (lesu).

Punca Berlaku Sakit Sendi

Kesakitan pada bahagian sendi adalah disebabkan hasil serangan balas oleh sistem imun tubuh kepada jangkitan virus. Sistem imun tubuh diaktifkan apabila terdedah kepada virus tertentu atau organisma penyebab penyakit lain.

Walaupun tidak diketahui, sistem imun tubuh boleh mengenali sel-sel tubuh sendiri sebagai agen infektif dan disebabkan itu ia mula menyerang beberapa sel tubuh bersama dengan virus Chikungunya. Keadaan ini menyebabkan keradangan tisu dan kerosakan pada sel-sel tubuh. Apabila ianya berlaku pada otot dan sendi, ia menimbulkan kesakitan.

Selain daripada menimbulkan kesakitan yang ketara, ia juga boleh menyebabkan kesakitan pada sendi lutut, siku dan pergelangan lutut. Antibodi yang diaktifkan oleh serangan virus sering tulang rawan menyerang pada sendi. Ini menyebabkan bengkak di sendi dan sering menyekat pergerakan.

Sisa toksin yang ditinggalkan oleh virus juga boleh menjadi punca. Toksin ini cenderung menyerang tulang rawan dan menyebabkan keradangan pada sendi. Ini boleh menyebabkan kesakitan dan pembekuan sendi.

Virus yang menyebabkan Chikungunya berada di sendi utama seperti siku, pergelangan tangan, lutut dan buku lali. Ia menghasilkan toksin dan mempengaruhi mekanisme imun yang menyebabkan sakit otot dan sendi disertai dengan demam. Rawan juga boleh terjejas dan menyebabkan keradangan sendi. Biasanya ini berlaku beberapa hari atau minggu selepas jangkitan. Pada saat artritis berlaku, virus tidak lagi ada di dalam tubuh.

Tempoh Meredakan Kesakitan Sendi

  • Artritis Chikungunya boleh berlaku sehingga tiga bulan, dalam beberapa kes setahun. Ubat-ubatan adalah berkesan dalam menangani kesakitan dan mengurangkan tempoh pemulihan.
  • Tubuh yang lebih sihat, mengurangkan kelemahan (penyakit yang menyebabkan seluruh badan menjadi lemah) seseorang mendapatkan amalan pemakanan dan gaya hidup sihat biasanya lebih cepat pulih berbanding yang lain.

Merawat Artritis Chikungunya

Doktor menyarankan senaman ringan untuk orang yang pulih dari virus Chikungunya bagi membantu meredakan sakit sendi.

  • Duduk di kerusi dan meluruskan kaki.tempat duduk selama 10 saat. Ulangi langkah ini beberapa kali setiap hari.
  • Cuba berdiri dan angkat kaki.
  • Berdiri dan memusingkan (twist) tubuh anda dalam kedua-dua arah satu demi satu.
  • Elakkan mengangkat berat.
  • Jangan melakukan latihan berat.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan pek sejuk dan tuam di tempat yang berlaku keradangan dan sentiasa berunding dengan doktor anda sebelum mengambil apa-apa ubat.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Sokongan Untuk Penghidap Artritis Psoriatik

    Artritis Psoriatik (PsA) adalah sejenis penyakit autoimun kronik yang dihidapi oleh segelintir pesakit yang menghidapi psoriasis. Klik untuk info lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Berita, Berita Tempatan 09/10/2019 . 2 minit bacaan

    Sup Ketam dan Demam Denggi: Adakah Ianya Membantu?

    Acap kali kedengaran, bahkan terpampang di dada akhbar, khasiat dan manfaat pengambilan sup ketam dalam melawan jangkitan virus denggi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab

    Denggi: 5 Soalan Lazim Mengenainya

    Jutaan kes demam denggi berlaku setiap tahun di seluruh dunia, terutamanya di kawasan tropika dan subtropika seperti Asia Tenggara.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 23/04/2019 . 3 minit bacaan

    Usus Sihat daripada Pilihan Pemakanan yang Baik

    Setiap spesies mikrobiota usus memainkan peranan yang berbeza dalam kesihatan anda dan memerlukan nutrien yang berbeza untuk pertumbuhannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 27/03/2019 . 8 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    demam denggi

    Gelombang Ke-2 Kembali Lepas 5 Tahun? Ini 6 Tip Cegah Demam Denggi, Elak Berulang

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 11/06/2020 . 3 minit bacaan
    cara cegah malaria

    Mungkinkah Nyamuk Gajah Bakal Bawa Wabak Baru?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 04/02/2020 . 4 minit bacaan
    sakit bahu

    Sakit Bahu? Ini Penyebab Dan Cara Atasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 13/12/2019 . 4 minit bacaan
    artritis psoriatik Sofia Lovi

    Mengharungi Kehidupan Sebagai Pesakit Artritis Psoriatik

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 09/10/2019 . 5 minit bacaan