backup og meta

Ini KOMPLIKASI Demam Denggi, Boleh Jadi Punca Nyawa Melayang!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 03/04/2023

    Ini KOMPLIKASI Demam Denggi, Boleh Jadi Punca Nyawa Melayang!

    Jangkitan demam denggi berjangkit boleh dikatakan keadaan yang boleh terjadi kepada mana-mana individu. Tetapi apakah kesan komplikasi yang berisiko dialami setelah dijangkiti?

    Demam denggi berjangkit, penularan yang membimbangkan

    Selepas bertahun-tahun, demam denggi masih lagi menjadi cabaran utama dalam kesihatan awam di Malaysia. Penyakit berjangkit ini sentiasa mencatatkan bilangan kes yang tinggi setiap tahun.

    Meskipun ada sedikit penurunan yang ditunjukkan dalam tahun-tahun belakangan ini, angkanya masih di tahap yang membimbangkan.

    Walaupun ia kerap berlaku, tidak sama sekali bermakna demam ini tidak berbahaya. Bahkan, banyak komplikasi yang boleh berlaku. Jangan ambil mudah.

    Silap haribulan, kita dan ahli keluarga boleh menjadi mangsa.

    Antara komplikasi demam denggi berjangkit adalah:

    denggi berjangkit

    1. Pendarahan

    Salah satu jenis demam denggi berjangkit yang paling bahaya adalah demam denggi berdarah. Dalam kes ini, pesakit boleh mengalami pendarahan di seluruh badan.

    Ini termasuk hidung, gusi, mata dan di bawah kulit. Kadangkala, pendarahan boleh berlaku di dalam faraj, darah haid akan menjadi lebih banyak.

    Air kencing turut bercampur darah jika berlaku pendarahan di dalam pundi kencing. Tidak terkecuali juga usus berdarah di mana najis akan berubah warna. Paling parah adalah pendarahan di dalam otak.

    Komplikasi demam denggi berjangkit: 2. Kejutan (shock)

    Shock atau kejutan adalah komplikasi lain yang mungkin berlaku. Apa yang berlaku adalah tekanan darah menurun secara tiba-tiba secara mendadak.

    Ia berlaku kerana jangkitan denggi menyebabkan sebahagian daripada cecair di dalam darah keluar daripada peredaran darah. Kesannya, isi padu darah berkurang seterusnya mengurangkan tekanan darah.

    Apabila tekanan menjadi rendah, darah gagal untuk dibekalkan kepada organ-organ di seluruh badan, terutamanya organ-organ utama seperti otak, jantung, hati dan buah pinggang.

    3. Kegagalan organ

    Bertitik tolak daripada kejutan, komplikasi ini boleh berlaku. Organ utama yang menjadi kebimbangan adalah otak, jantung, hati dan buah pinggang.

    Kegagalan organ-organ ini pastinya akan mengganggu fungsi badan yang normal.

    Jika tidak diuruskan segera, atau kegagalan yang berlaku terlalu teruk sehingga tidak dapat diselamatkan, pesakit mungkin berkahir dengan kematian.

    4. Paru-paru berair

    denggi berjangkit

    Paru-paru berair atau pleural effusion berlaku kerana jangkitan demam denggi berjangkit menyebabkan cecair di dalam salur darah keluar daripada peredaran darah.

    Antara tempat cecair tersebut akan terkumpul adalah di sekeliling paru-paru. Pengumpulan cecair ini menyukarkan paru-paru untuk mengembang dan menjalankan fungsinya dengan baik.

    Selain paru-paru, organ lain juga boleh terkesan seperti jantung (pericardial effusion) dan abdomen (ascites).

    Ini adalah antara komplikasi utama demam denggi. Berhati-hati dengan penyakit ini. Nyamuk aedes meskipun bersaiz kecil, mampu membawa maut kepada manusia.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Penyakit Berjangkit, sila dapatkannya di sini.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 03/04/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan