Pasir Gudang Sekali Lagi Mengejutkan Dimensi Kesihatan Negara: Pencemaran Udara

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/01/2020

Sekali lagi penduduk di Pasir Gudang dikejutkan dengan kejadian muntah-muntah akibat daripada dakwaan pencemaran udara di kawasan tersebut. Ini kejadian kedua selepas peristiwa yang sama terjadi pada bulan Mac lalu akibat daripada pencemaran sisa bahan kimia berbahaya. Menurut Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), Yeo Bee Yin, sehingga pagi ini (27 Jun 2019), punca gangguan kesihatan yang berlaku di Pasir Gudang tersebut masih tidak dapat dikenal pasti memandangkan hasil ujian makmal mendapati sampel yang diambil daripada lapan orang pesakit menunjukkan keputusan negatif bagi ujian cyanide, blood cyanide dan kompaun organik tidak stabil (VOC). 

Yeo berkata, Jabatan Kimia akan meneruskan kerja mencari unsur bahan kimia daripada urin dan sampel darah pesakit. Menurutnya, kejadian pada kali ini berbeza dengan apa yang terjadi semasa kejadian Sungai Kim Kim kerana ketika itu mereka menemui bukti fisiologikal kimia dalam urin dan darah pesakit. Yeo juga telah berbincang bersama EXCO Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Negeri Johor untuk mewujudkan zon penampan di antara kawasan perindustrian, perumahan, sekolah dan kawasan komuniti harian. Selain itu, Sistem Ramalan Penyebaran Kimia turut akan diwujudkan bagi menjadi rujukan piawaian bagi setiap bahan cemar agar berada dalam kadar bacaan normal.

Kenyataan media rasmi Menteri Besar Johor, Menteri Kesihatan Malaysia, Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, EXCO Kesihatan, Kebudayaan Negeri Johor, EXCO Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar sehingga 24 Jun 2019, jam 6.30 petang mengesahkan bahawa 75 orang telah dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (jam 3.00 petang). Pemantauan kualiti udara pula dilakukan secara berkala sebanyak 3 kali sehari berpandukan kelembapan, suhu, arah dan kelajuan angin. Radius pemantauan pula telah diperluaskan sehingga 15 km dari lokasi kejadian.

Melalui kenyataan media rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia pada tarikh yang sama, kementerian mengarahkan agar kesemua institusi pendidikan dalam kawasan Pasir Gudang ditutup bermula 25 Jun hingga 27 Jun yang melibatkan 111 buah sekolah, 3 buah institusi pengajian tinggi, 14 buah sekolah swasta dan antarabangsa selain 347 buah tadika swasta yang berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri Johor. 

Kronologi kejadian pencemaran udara di Pasir Gudang

pasir gudang

  • Khamis, 20 Jun 2019: Seramai 15 pelajar Sekolah Agama Taman Mawar, Pasir Gudang mengalami muntah-muntah dan sesak nafas akibat daripada persekitaran udara yang tercemar. Selain Sekolah Agama Taman Mawar, pelajar-pelajar dari Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 4 turut terjejas dengan kejadian tersebut dengan mengalami gejala yang sama.
  • Jumaat, 21 Jun 2019: Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Negeri Johor, Tan Chen Choon telah memaklumkan bahawa kejadian pencemaran udara di dua buah sekolah tersebut dikatakan mempunyai bau seperti gas petroleum cecair sejak 3 hari yang lepas. Seramai 29 orang individu telah mendapatkan rawatan di klinik kesihatan dan hospital dan sehubungan itu, Jawatankuasa Penyelarasan Pemantauan telah ditubuhkan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian pencemaran udara yang berlaku. Agensi yang berkaitan turut digerakkan bagi memantau udara di sekolah dalam radius 2 kilometer dari sekolah tersebut. Selain itu, bilik gerakan operasi turut dibuka di Stadium Tertutup Pasir Gudang.
  • Sabtu, 22 Jun 2019: Tiga buah sekolah dan dua buah tadika di kawasan Pasir Gudang telah ditutup selama 2 hari dari 23 hingga 24 Jun 2019. Sekolah dan tadika yang terlibat adalah Sekolah Agama Taman Mawar, Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 4, Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 2, Tadika PASTI dan Tadika Pintar Bestari.
  • Ahad, 23 Jun 2019: Terdapat sebahagian pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Nusa Damai mengalami kesesakan nafas selain mengalami gejala kepedihan mata, pening dan mual akibat daripada bau gas yang kuat. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata, 13 orang mangsa telah dirujuk ke hospital dan 49 orang mangsa yang lain telah menerima rawatan di klinik. Selain itu, 14 buah sekolah lain turut diarahkan untuk ditutup selama 4 hari bermula 24 Jun hingga 27 Jun. Sekolah-sekolah berikut adalah:
    • Sekolah Kebangsaan Bukit Dahlia
    • Sekolah Kebangsaan Taman Cahaya Masai
    • Sekolah Kebangsaan Felda Cahaya Baru
    • Sekolah Kebangsaan Kong Kong Laut
    • Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Idaman
    • Sekolah Kebangsaan Kopok
    • Sekolah Kebangsaan Taman Scientex
    • Sekolah Kebangsaan Kota Masai 3
    • Sekolah Kebangsaan Taman Cendana
    • Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Pasir Gudang
    • Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Nusa Damai
    • Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang
    • Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Masai
    • Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Scientex

Langkah pencegahan mengelakkan diri daripada menjadi mangsa insiden seperti di Pasir Gudang

Berikutan daripada insiden ini, bagi mengelakkan ianya berulang, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan panduan atau langkah-langkah bagi mencegah daripada mendapat tempias akibat pencemaran bahan kimia.

  • Elakkan diri anda daripada memasuki atau berada di tempat kejadian atau kawasan persekitarannya.
  • Dapatkan maklumat dan info terkini dari sumber maklumat yang tepat dan benar berkenaan perkembangan kejadian selain mematuhi arahan pihak berkuasa yang berkaitan.
  • Elakkan diri anda daripada menyentuh peralatan yang telah tercemar seperti pakaian. Basuh pakaian tersebut dengan menggunakan jumlah air yang banyak dan sabun bagi mengelakkan bahan tersebut terkena secara fizikal pada anggota badan anda.
  • Dapatkan rawatan di fasiliti-fasiliti kesihatan yang berhampiran sekiranya anda mengalami simptom-simpton seperti kepedihan mata, loya, muntah-muntah, pening, sesak nafas dan pengsan bagi mereka yang terdedah kepada kawasan tersebut.
  • Orang ramai ditegah daripada melihat sebarang proses pembersihan sungai kerana dikhuatiri proses tersebut akan menyebabkan lebih banyak bahan kimia meruap.
  • Jangan biarkan makanan anda terdedah tanpa sebarang penutup.
  • Amalkan kebersihan diri sebelum menyediakan makanan atau makan dengan membasuh tangan anda. 

Mengimbau kejadian pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang

pasir gudang

Insiden pencemaran Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor dengan sisa kimia berbahaya bermula seawal 7 Mac 2019 apabila pihak pentadbiran pengurusan dua buah sekolah (Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Putih dan Sekolah Kebangsaan Pasir Putih) mengesan persekitaran udara di kawasan sekolah berbau bahan kimia, dan membuat aduan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Gudang. Data sehingga 14 Mac 2019 telah menyatakan bahawa 937 individu (kanak-kanak dan orang dewasa) sedang dirawat akibat pendedahan terhadap sisa bahan kimia tersebut manakala 111 buah di sekitar Pasir Gudang telah ditutup. Berdasarkan kenyataan Menteri MESTECC, suspek yang terlibat akan didakwa di bawah Seksyen 34B, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1975 yang boleh membawa kepada hukuman penjara lima tahun atau denda sebanyak RM500,000 jika disabitkan atas kesalahan berikut. Selain itu, suspek turut akan didakwa dengan tuduhan berganda termasuklah pendakwaan di bawah kanun keseksaan memandangkan hukuman di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1975 sahaja tidak memadai. Keputusan pendakwaan berganda ini turut dipersetujui oleh Peguam Negara, Tommy Thomas melalui saranan Menteri MESTECC.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Berdasarkan Kajian, Pencemaran Udara Boleh Jadi Pembunuh Senyap Kehamilan

    Keguguran berlaku disebabkan faktor seperti pemakanan atau tekanan emosi. Tetapi ada kajian mengatakan pencemaran udara juga boleh menjadi punca, betul ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Apa Yang Perlu Anda Lakukan Sebelum, Semasa dan Selepas Banjir?

    Memandangkan jangkaan musim banjir yang akan berlaku sudah diumumkan, apakah persediaan kita bagi menghadapi musim tengkujuh tersebut?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Siapa Sangka Udara Dalam Rumah Sama Buruk Dengan Udara Di Luar!

    Kami tidak ingin menakutkan anda tetapi adakah anda sedar, kadangkala udara di dalam rumah juga tidak kurang buruk berbanding udara di luar?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Bayi Berisiko Mati Sebelum Usia Setahun Akibat Membesar Dalam Udara Tercemar – Kajian

    Berdasarkan kajian terkini, membesar dalam udara tercemar meingkatkan risiko kematian bayi sebelum mencapai usia setahun. Baca lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab

    Artikel lain untuk anda

    keracunan sianida

    Keracunan Sianida

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 10/12/2019
    rambut mudah gugur

    MENGEJUTKAN! Udara Luar Kotor Buat Rambut Anda Mudah Gugur!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 21/11/2019
    tanaman hiasan dalam rumah

    Tanaman Dalam Rumah TIDAK TAPIS Udara Seperti Yang Kita Sangka! – Kajian

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 12/11/2019
    racun serangga

    Racun Serangga Boleh Menyebabkan Kecacatan Kekal Pada Janin?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 04/11/2019