Belum Habis COVID-19, Kini Muncul Pula Hantavirus! Ini 8 Cara Elak Jangkitan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 08/06/2020 . 3 minit bacaan

Tatkala seluruh dunia sedang sibuk mengharungi wabak virus korona baharu (COVID-19), seorang lelaki dari wilayah barat daya Yunnan telah dilaporkan maut akibat jangkitan hantavirus, virus yang lazim dijumpai pada haiwan perosak.

Jangkitan ini, walaupun tidak lazim, mempunyai kadar mortaliti yang tinggi. Oleh sebab ia jarang berlaku, simptomnya sukar untuk dikenal pasti. 

Berbeza dengan COVID-19, penularan jangkitan hantavirus dalam kalangan manusia adalah sangat rendah. Ia merupakan satu bentuk jangkitan zoonosis, penyakit berjangkit yang berasal daripada haiwan.

Baca artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Jangkitan hantavirus kelihatan seperti jangkitan selesema biasa

hantavirus

Walaupun kebanyakan laman jurnal perubatan meletakkan hantavirus sebagai sejenis mikroorganisma yang menjangkiti sistem pernafasan manusia, tapi mekanisme jangkitannya tidak begitu jelas.

Individu yang sihat boleh dijangkiti oleh hantavirus sekiranya mempunyai kontak secara langsung dengan haiwan yang mempunyai virus tersebut seperti tikus.

Pesakit akan menunjukkan simptom yang seakan-akan sama dengan jangkitan selesema biasa. Antara adalah:

  1. Sakit badan
  2. Demam
  3. Kelesuan
  4. Kesejukan
  5. Muntah
  6. Sakit abdomen
  7. Sukar bernafas

Apabila hal ini berlaku, sudah semestinya doktor akan meletakkan jangkitan influenza atau virus korona sebagai diagnosis utama.

Walau bagaimanapun, tanpa pemberian rawatan konservatif, individu berjangkit berisiko untuk mengalami komplikasi yang dikenali sebagai sindrom pulmonari hantavirus (HPS).

Tempoh pengeraman bagi virus ini adalah di antara 1 hingga 8 minggu.

Ini bermakna, jangkitan hantavirus yang dialami oleh lelaki yang mendiami wilayah Yunnan itu berkemungkinan berlaku pada fasa awal atau sebelum kemunculan COVID-19.

Perubahan keadaan klinikal pesakit boleh dibahagikan kepada tiga peringkat:

  1. Pesakit yang mengalami komplikasi HPS boleh menunjukkan simptom batuk dan sesak nafas, selepas beberapa minggu dijangkiti oleh hantavirus.
  2. Apabila tempoh jangkitan berlanjutan tanpa rawatan, cecair badan mula berkumpul di dalam paru-paru menyebabkan masalah edema peparu (peparu berair). Keadaan ini akan menyebabkan kesukaran bernafas dan jantung terpaksa bekerja dengan lebih kuat supaya bekalan oksigen sampai ke sel-sel badan.
  3. Apabila sampai ke tahap ini, tahap kesihatan pesakit akan mudah merundum dan akhirnya, ia boleh menyebabkan kegagalan sistem pernafasan dan akhirnya kematian. 

Walaupun kadar jangkitan virus ini sangat rendah, namun jika terdapat kes positif di dalam satu populasi, ia tidak boleh dipandang ringan.

Menurut laporan yang pernah dikeluarkan oleh Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC), hanya 728 kes HPS yang pernah direkodkan di Amerika Syarikat semenjak virus tersebut telah ditemui pada tahun 1993.

Kurangkan risiko jangkitan hantavirus

haiwan perosak

Jangkitan hantavirus kebiasaannya berlaku di kawasan perkampungan. Mereka yang dijangkiti seringkali mempunyai kontak secara langsung atau tidak langsung dengan haiwan berjangkit.

Ia boleh jadi individu tersebut digigit oleh tikus atau mereka terdedah kepada udara yang dicemari dengan virus tersebut akibat daripada bahan kumuh haiwan yang berjangkit.

Jika rumah anda mempunyai tikus, adalah lebih baik jika anda menggunakan perangkap, menutup lubang pada dinding rumah dan menggunakan khidmat pakar kawalan perosak (pest control) untuk mengurangkan populasi haiwan tersebut.

Dengan kata lain, langkah pencegahan lebih tertumpu kepada kawalan haiwan perosak itu sendiri. Langkah lain yang boleh diambil adalah:

  • Elakkan daripada menyentuh haiwan perosak yang hidup atau mati. Jangan ganggu kawasan kediaman mereka. Jika mereka mempunyai virus tersebut, hantavirus mudah untuk terserap masuk ke dalam udara menyebabkan ia tercemar.
  • Pastikan anda menguruskan najis atau sisa bangkai menggunakan sarung tangan yang tebal. Semburkan bahan kumuh tersebut dengan cecair nyahkuman dan masukkannya ke dalam plastik.
  • Jika anda keluar mendaki bukit atau gunung, jangan tidur di atas permukaan tanah. Gunakan khemah yang mempunyai pelapik lantai.
  • Sekiranya anda ingin menggunakan kabin yang sudah lama tidak didiami, buka semua tingkap untuk menggalakkan aliran udara keluar dan masuk. Jika terdapat tanda-tanda yang menunjukkan kabin tersebut telah tercemar dengan najis haiwan perosak, elakkan daripada menggunakannya.
  • Jangan tidur di kawasan yang berdekatan dengan timbunan kayu atau sampah sarap. Ini berikutan kawasan tersebut sering didiami oleh haiwan perosak.
  • Jangan tinggalkan makanan haiwan peliharaan terbiar untuk satu jangka masa yang lama. Bersihkan bekas makanan selepas ia digunakan.
  • Gunakan bekas simpan makanan yang rintang haiwan perosak.
  • Jika kawasan yang ingin dibersihkan mempunyai tanda haiwan perosak, pakai topeng muka dan elakkan daripada menggunakan penyapu atau vakum yang boleh menyebabkan habuk dan virus bertebaran di udara. Gunakan kaedah pembersihan basah seperti mop.

Konklusi

hantavirus

Kaedah yang paling berkesan bagi menghindarkan wabak ini adalah dengan menjaga kebersihan persekitaran tempat tinggal anda. Kehadiran haiwan perosak meningkatkan risiko individu untuk mendapat HPS.

Berbeza dengan manusia, hantavirus tidak menyebabkan sebarang penyakit dalam haiwan perosak tersebut. 

Oleh sebab itulah penting untuk kita mengawal populasi mereka bagi memastikan hantavirus tidak menjadi beban tambahan kepada wabak pandemik yang masih lagi agresif.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Cegah Penularan COVID-19, Sarawak Buka Klinik Khas Rawat Penyakit Pernafasan

Bagi mencegah jangkitan COVID-19 daripada terus menular, sebuah Klinik Penyakit Pernafasan (Respiratory Clinic) telah dibuka di Kuching, Sarawak

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Coronavirus, COVID-19 25/03/2020 . 2 minit bacaan

Wabak Berbahaya Virus Corona Ini SUDAH Masuk Malaysia, Jaga-Jaga!

Wabak dari Wuhan sudah menyerang hampir seluruh penduduk dunia. Persoalannya, wujudkah virus corona di Malaysia? Ikuti artikel ini dengan lebih lanjut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Coronavirus, COVID-19 29/01/2020 . 4 minit bacaan

Patutkah Keluarga Anda Mengambil Vaksin Influenza?

Artikel ini akan membicarakan berkenaan dengan keperluan anda sekeluarga untuk mengambil vaksin influenza. Teruskan membaca untuk tahu dengan lebih lanjut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 21/01/2020 . 4 minit bacaan

Tamiflu: Ubat Terkawal Untuk Influenza Yang Dijual Secara Terbuka, Tak Semua Boleh Ambilnya!

Runsing bila stok vaksin berkurang dan ada yang memilih untuk mengambil ubat antiviral seperti Tamiflu. Tetapi adakah pengambilan ubat terkawal itu bagus?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Pusat Kesihatan, Selesema/Flu 20/01/2020 . 5 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

apa itu flu

Influenza Bukan Penyakit Biasa, Jom Ikrar Cegah Flu Menerusi Norma Baharu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 27/07/2020 . 3 minit bacaan
flu adalah

Anak Dr Say Jatuh Sakit Akibat Influenza, Seru Ibu Bapa Ambil Berat Keperluan Vaksinasi

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 27/07/2020 . 3 minit bacaan
bagaimana hingus terhasil

Rahsia Di Sebalik 7 Warna Hingus, Kalau Hitam Kena Jumpa Doktor Segera!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 10/07/2020 . 3 minit bacaan
kepentingan vaksin

8 Soalan Lazim Kenapa Vaksin Influenza Perlu Diambil Ketika Wabak COVID-19 Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 24/04/2020 . 4 minit bacaan