Lima Petua Penting untuk Berlari bagi Pesakit Arthritis

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Pernahkah anda mengalami arthritis? Ya, ia sangat menyakitkan. Sakit pada sendi akan menjadi pedih setiap kali anda melakukan pergerakan. Maka anda menahan diri daripada berjalan. Tetapi, adakah ia bagus? Bahkan begitu, Persatuan Arthritis mencadangkan pesakit arthritis untuk mempunyai plan senaman yang sesuai dan mengkutinya. Berlari, adalah salah satu senaman yang anda patut lakukan demi kesihatan sendi anda.

Tetapi bagaimanakah kita patut lakukannya? Dengan sakit yang semakin terasa setiap kali kita menggunakan kaki? Ya, terdapat cara-cara untuk mengelakkan perkara ini terjadi.

Melembutkan impak anda

Untuk melembutkan impak anda, ini bermakna anda harus mengelakkan berlari di atas konkrit. Kaki anda harus memijak permukaan yang lembut seperti rumput, tanah, atau trek larian. Konkrit adalah 10 kali ganda lebih keras berbanding asfalt, maka berlari di atasnya adalah idea yang bagus. Impak pada lutut dan sendi akan meningkatkan kesakitan, seterusnya merosakkan larian pagi Ahad anda.

Merenggangkan badan anda

Merenggangkan badan sebagai memanaskan badan amat membantu, sama ada kepada bukan pesakit arthritis mahupun pesakit arthritis. Merenggangkan badan membantu badan anda bersedia untuk berlari. Ia memanaskan otot pergerakan anda dan melancarkan saluran darah. Mandi di dalam tab panas sebelum berlari juga merupakan idea yang bagus, terutama sekali ketika cuaca sejuk dan kita sedia maklum, sejuk dan arthritis adalah musuh ketat.

Latihan kekuatan

Menukarkan larian setiap hari kepada larian yang seimbang dan senaman di gimnasium membantu otot anda. Kekuatan anda memerlukan latihan untuk menyesuaikan diri kepada intensiti larian yang semakin bertambah. Sendi anda mungkin tidak mampu bertahan dengan larian yang jauh sekiranya tidak dilatih. Jadi, bertukar-tukar antara berlari dan gimnasium bukan sahaja menguatkan otot anda tetapi juga mengurangkan sakit sendi anda.

Jangan terlalu memaksa diri anda

Elakkan untuk memaksa diri anda untuk mencapai rentak yang diingini. Sayangilah diri anda, jika anda berasa tidak mampu, maka kurangkanlah. Memaksa diri secara melampau hanya akan merisikokan diri anda untuk mengambil masa untuk sembuh. Ia juga akan menjadikan keradangan otot dan sakit sama sekali. Anda boleh menjalankan ujian untuk melihat sama ada terlalu memaksa diri atau tidak. Jika anda boleh bercakap tanpa tercungap-cungap, maka anda melakukannya dengan betul. Jika anda perlu mengambil udara ketika ingin menyebut perkataan, maka anda harus mengurangkannya dan berehat seketika.

Anda harus cekal

Untuk menjadikan diri rajin berlari adalah sukar. Akan ada masa yang anda berasa malas dan mengambil teksi pulang. Tetapi menyerah kalah hanya akan mengeruhkan keadaan. Dapatkan jadual yang sesuai dengan diri anda, dan kawan yang boleh memotivasikan diri anda. Cuba untuk patuhi pelan larian yang betul dan meningkatkan intensiti jika perlu. Kesihatan sendi anda bergantung kepada bagaimana anda menggunakannya, maka bersenamlah dengan bijak.

Ini hanyalah beberapa petua untuk berlari bagi pesakit arthritis. Anda boleh melakukannya dengan merasakan sedikit sakit ataupun tidak. Jika sesuatu yang tidak diingini berlaku, jangan takut untuk mendapatkan bantuan kesihatan. Jika sendi anda berasa terlebih panas, makan ambil masa untuk menyejukkannya. Memaksa diri anda pada fasa ini mungkin nampak mencabar pada mulanya, tetapi ia akan membahayakan dalam jangka masa panjang.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Ogos 3, 2018 | Kali terakhir kemaskini: November 26, 2019

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut