Anda boleh mengalami perasaan dan tekanan yang sama jika anda mengalami kecederaan yang seriud, berdepan penceraian atau kehilangan orang tersayang.
Berikut adalah beberapa cara pengangguran membawa kepada kemerosotan kesihatan mental.
i) Taraf hidup
Kehilangan pendapatan akibat pengangguran menyebabkan penurunan taraf hidup individu atau isi rumah. Keadaan ini seterusnya boleh menjejaskan kesihatan seseorang. Kehilangan pendapatan juga mungkin memaksa penganggur untuk menurunkan taraf hidup mereka secara drastik, yang mana sudah pasti akan mempengaruhi kesihatan fizikal dan mental mereka. Penurunan taraf hidup ini bergantung kepada faktor-faktor seperti aset penganggur, faedah yang ada, pendapatan dan aset isi rumah dan tempoh pengangguran.
ii) Pendapatan tidak terjamin
Menurut Darity and Goldsmith, 1996, pengangguran boleh menyebabkan kebimbangan mengenai tempoh kehilangan pendapatan dan risiko penurunan taraf hidup. Berkaitan dengan kebimbangan, ini adalah kemungkinan bahawa pengangguran boleh mewujudkan satu perasaan tidak berasa di bawah pengawasan seseorang.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen