Simptom ini boleh datang dalam pelbagai bentuk:
1. Delusi penyeksaan (delusions of persecution) – mempercayai bahawa ada orang (kebiasaannya istilah yang tidak jelas seperti ‘mereka’ digunakan) ingin menangkap atau membunuhnya. Kadangkala, dakwaan tersebut adalah tidak masuk akal. Contohnya, polis Amerika sedang memburunya dan sentiasa mengekorinya ke mana-mana.
2. Delusi sangkaan (delusions of reference) – merasakan bahawa perkara yang berlaku di sekelilingnya mempunyai kaitan rapat dengannya, sedangkan ia hanya bersifat umum. Contohnya, selebriti atau pemimpin utama negara yang menyampaikan pesanan kepada orang ramai dirasakan dituju kepada dirinya secara khusus.
3. Delusi kebesaran dan kemulian (delusions of grandeur) – mempercayai bahawa beliau adalah seorang yang terkenal dan penting seperti nabi dan perdana menteri. Kadangkala, ia melibatkan sesuatu yang berlebihan seperti mempunyai kuasa atau mukjizat tertentu.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen