backup og meta

Cepat Marah & Emosi Terganggu Ada Kaitan Dengan Mental, Buat 5 Langkah Ini Sekarang!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 01/08/2023

    Cepat Marah & Emosi Terganggu Ada Kaitan Dengan Mental, Buat 5 Langkah Ini Sekarang!

    Langkah menjaga kesihatan diri dari sudut mental merupakan perkara yang harus dititik beratkan oleh ramai orang.

    Ini kerana, jika anda mempunyai masalah dari segi mental, anda harus segera mendapatkan rawatan melalui terapi psikologi mahupun ubat-ubatan.

    Dalam masa yang sama, ramai orang lupa atau tidak tahu bahawa perubahan pada sesetengah gaya hidup boleh mempengaruhi kesihatan mental.

    Malah bagi mereka yang tidak mempunyai masalah kesihatan mental sekalipun, perubahan pada gaya hidup mampu memberikan kesan positif terhadap mood dan produktiviti setiap hari.

    Tanpa memerlukan kos yang banyak, cuba 5 perubahan ini.

    Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Mental di sini.

    Langkah menjaga kesihatan diri dari sudut mental 

    1. Cara menjaga kesihatan diri – Kurangkan tabiat buruk

    langkah menjaga kesihatan diri

    Alkohol, merokok dan penyalahgunaan dadah, semuanya secara jelas akan menjejaskan kesihatan. Mereka yang mengamalkan tabiat tersebut lebih berisiko menghidap penyakit mental.

    2. Semak apa yang anda makan dan mulakan aktiviti fizikal

    Makanan seperti sayur-sayuran hijau, kekacang, bijirin penuh, daging tanpa lemak dan makanan laut membekalkan sumber nutrisi yang penting dalam mengekalkan fungsi otak yang optimum. Ia mengandungi magnesium, asid folik, zink dan asid lemak penting.

    Makanan yang kaya dengan polyphenols seperti teh, coklat gelap dan sesetengah herba juga memainkan peranan penting dalam kesihatan otak.

    Selain pemakanan, jangan lupa pula untuk mengeluarkan peluh. Badan yang tidak aktif lebih cenderung kepada banyak penyakit seperti obesiti, jantung, darah tinggi dan kencing manis. Semuanya menjejaskan kesihatan mental.

    3. Utamakan rehat dan tidur

    Tanpa rehat yang cukup, badan tidak dapat berfungsi dengan sempurna termasuk otak dan kesihatan mental.

    Ambil langkah dengan memastikan anda mendapatkan tidur yang cukup seperti mengurangkan pengambilan kafein serta tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari.

    Penting juga untuk tidak memaksa diri untuk tidur. Jika gagal melelapkan mata selepas 20 minit, bangun dan cuba fokuskan minda anda terhadap satu aktiviti sehingga penat.

    4. Dedahkan diri kepada alam semula jadi

    Jangan hanya berkurung di dalam rumah dan menghadap skrin telefon. Keluar dan biarkan kulit anda bersentuhan dengan cahaya matahari sekali-sekala. Ia membantu meningkatkan hormon serotonin yang memberikan mood yang lebih baik.

    5. Langkah menjaga kesihatan diri – Dapatkan bantuan jika perlu

    langkah menjaga kesihatan diri

    Gaya hidup sihat bukanlah alternatif kepada rawatan daripada pakar, tetapi lebih kepada langkah yang membantu anda menjalani rawatan dan terapi tersebut.

    Tidak dinafikan bahawa ada beberapa perubahan yang mungkin sukar dan mengambil masa seperti berhenti merokok dan alkohol.

    Tetapi, jangan putus asa dan dapatkan bantuan daripada ahli keluarga, rakan dan pakar perubatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 01/08/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan