Mitos bahawa kita hanya menggunakan 10% daripada keupayaan otak kita ini sering dilontarkan oleh penceramah motivasi, guru-guru MLM, tabloid dan juga karya-karya Holywood seperti filem yang ditayangkan pada tahun 2014, Lucy. Menurut mitos ini, sekiranya kita mampu menggunakan bahagian 90% yang lain, kita akan mempunyai akses kepada kebolehan dalaman luar biasa seperti membuat kiraan kompleks dengan menconggak sahaja ataupun membaca minda orang lain. Filem Lucy sedikit terleka dalam meneroka kebolehan yang tersimpan dalam bahagian 90% ini dengan menterjemahkan protagonis mereka sebagai seseorang yang memiliki keupayaan persis dewa.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen