backup og meta

Apakah itu Psikosis?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Lion Grunenberg · Disemak pada 15/11/2019

    Apakah itu Psikosis?

    Psikosis ialah sejenis gangguan mental yang serius dan digambarkan sebagai fikiran dan emosi tidak stabil dan ia menandakan bahawa individu yang mengalaminya sudah hilang hubungan dengan dunia sebenar.

    Kemungkinan Psikosis

    Psikosis boleh berlaku dalam kalangan pesakit mental. Beberapa kemungkinan termasuklah:

    • Psikosis disebabkan oleh ubat. Menggunakan atau berhenti daripada mengambil ubatan terutamanya ganja/kanabis dan amphetamine, boleh menyebabkan simptom psikosis berlaku dan berterusan untuk jangka masa pendek ataupun panjang.
    • Psikosis reaktif sebentar. Simptom psikosis ini muncul secara mengejut selepas pesakit mengalami tekanan major dalam kehidupannya. Pesakit biasanya pulih dengan cepat.
    • Skizofrenia. Ia adalah penyakit dimana simptomnya berterusan sekurang-kurangnya enam bulan. Kebanyakan pesakit menjadikan hidup mereka gembira dan bermakna dan mereka berjaya pulih sepenuhnya.
    • Gangguan bipolar. Pesakit mengalami simptom psikosis sebagai sebahagian daripada gangguan tersebut.
    • Kemurungan psikosis. Simptom psikosis berlaku pada individu yang mengalami kemurungan tahap sangat serius.

    Simptom

    Simptom lazim ialah:

    Peringkat awal:

    •         Sukar menumpukan perhatian;
    •         Murung;
    •         Perubahan tidur – tidur terlalu sedikit atau terlalu banyak
    •         Bimbang;
    •         Curiga;
    •         Menjauhkan diri daripada keluarga dan kawan-kawan;
    •         Mula berfikir dan mempercayai perkara luar biasa.

    Peringkat akhir:

    •         Delusi/khayal;
    •         Halusinasi;
    •         Percakapan tidak teratur-mengubah topic secara tidak tentu arah;
    •         Kemurungan;
    •         Gelisah;
    •         Fikiran dan perbuatan membunuh diri;
    •         Sukar berfungsi

    Punca-punca

    Terdapat lebih daripada satu faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku. Antaranya ialah:

    •         Penyakit otak seperti Parkinson, Huntington dan gangguan kromosom,
    •         Tumor atau cyst otak,
    •         Dementia termasuk Alzheimer,
    •         HIV, syphilis dan jangkitan lain pada otak,
    •         Beberapa jenis epilepsi/sawan,
    •         Strok/lumpuh

    Diagnosis dan ujian-ujian

    Psikosis ialah sejenis simptom, dan ia bukan sejenis penyakit. Diagnosis ialah untuk mengenalpasti bahawa sakit dan symptom adalah komponen penyakit. Pekerja kesihatan membuat diagnosis berdasarkan maklumat perubatan dan sejarah keluarga serta pemeriksaan fizikal.

    Rawatan

    Terapi

    Terapi ini penting untuk merawat masalah kesihatan. Sesetengah terapi lazim dibuat termasuklah:

    • Terapi perilaku kognitif (CBT). CBT mengajar seseorang untuk menilai dengan kritis pengalaman mereka untuk menentukan bahawa penaglaman tersebut betul-betul terjadi ataupun tidak
    • Supportive psychotherapy. Pakar terapi cuba untuk memaksa individu tersebut berfikir secara sihat dan mengurangkan konflik dalaman.
    • Cognitive enhancement therapy (CET). Ia meningkatkan fungsi kognitif seperti kebolehan untuk berfikir secara teratur adalah tujuan utamanya.
    • Pendidikan psikologi dan sokongan keluarga. Ia membantu individu yang mengalami psikosis dan keluarga mereka bekerja bersama, berkolaboasi, menyelesaikan masalah dan belajar antara satu sama lain.

    Ubat-ubatan

    • Generasi pertama atau antipsikosis tipikal. Ubat ini akan menyebabkan masalah pergerakan, sama ada jangka masa pendek (dystonia) atau jangka masa panjang (tardive dyskinesia) dan kekakuan otot.
    • Generasi kedua, antipsikotik atipikal. Ubat ini  dipanggil atipikal kerana menghalang dopamine dan menyebabkan gangguan pergerakan.

    Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Lion Grunenberg · Disemak pada 15/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan