backup og meta

Apakah itu Kecelaruan Personaliti Pinggiran (BPD)?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 15/11/2019

    Apakah itu Kecelaruan Personaliti Pinggiran (BPD)?

    Anda berasa takut apabila semua orang meninggalkan anda, anda kerap berasa bosan dan kosong, atau anda tidak boleh berseorangan. Tanda-tanda ini berkemungkinan anda didiagnosis dengan kecelaruan personaliti pinggiran atau borderline personality disorder (BPD). Penyakit ini ialah penyakit mental yang mengganggu kesihatan mental serta kesihatan fizikal anda.

    Apakah itu Kecelaruan Personaliti Pinggiran (BPD)?

    Kecelaruan personaliti pinggiran (BPD) ialah penyakit mental yang serius. Individu yang menghidap penyakit ini mempunyai perasaan, hubungan, perilaku, keyakinan diri dan cara berfikir yang tidak stabil. Penyakit ini memberi kesan bagaimana anda berfikir tentang diri sendiri dan orang lain di sekeliling anda.

    Apabila anda menhidap penyakit ini, anda mengalami perasaan marah, murung, gelisah berkali-kali tanpa sebab. Perasaan-perasaan ini mungkin berpanjangan untuk beberapa jam atau hari. Tambahan lagi, penyakit ini mempunyai simptom fizikal seperti gangguan permakanan, mencederakan diri sendiri atau membunuh diri sendiri.

    Kecelaruan personaliti pinggiran (BPD) mungkin pulih dari semasa ke semasa dengan rawatan atau tanpa rawatan.

    Komplikasi

    Walaupun kecelaruan personaliti pinggiran (BPD) adalah sejenis penyakit mental, ia juga menjejaskan kesihatan fizikal. Ia juga akan memberi kesan kepada perhubungan anda, pekerjaan, pelajaran, hubungan social dan penghargaan diri. Masalah ini akan menyebabkan:

    • Hilang pekerjaan dan perlu untuk menukar pekerjaan berulang kali
    • Mengganggu pelajaran disekolah dan kemungkinan untuk berhenti belajar,
    • Mencederakan diri sendiri seperti memotong dan membakar diri. Dan anda perlu ke hospital untuk menerima rawatan. Kesihatan anda selepas pulih mungkin tidak sebaik sebelum anda membuat aktiviti mencederakan diri sendiri.
    • Tidak dapat mengawal perilaku. Anda akan mengalami kehamilan yang tidak dijangka, jangkitan melalui hubungan seksual atau kemalangan jalanraya.
    • Berfikir tentang bunuh diri atau lebih buruk lagi mati kerana bunuh diri.

    Tambahan kepada komplikasi ini, anda mungkin juga menghidapi penyakit mental lain seperti:

    •         Kemurungan
    •         Kegelisahan
    •         Bipolar disorder
    •         Post-traumatic stress disorder (PTSD)

    Penyakit-penyakit mental ini juga memberi kesan negatif kepada kesihatan anda.

    Kecelaruan personaliti pinggiran (BPD) boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Apabila anda menghadapi keadaan ini, emosi anda bukan dibawah kawalan. Anda mungkin mempunyai perasaan berlebihan seperti kemarahan, takut untuk berseorangan. Ia juga boleh memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan lebih buruk lagi akan menyebabkan kematian.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 15/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan