backup og meta

Amalkan 10B Untuk Menangani Stres

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 14/02/2023

    Amalkan 10B Untuk Menangani Stres

    1 daripada 4 penduduk dunia mempunyai masalah kesihatan mental. Menurut Laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2015, 29.2 peratus rakyat Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas mengalami masalah kesihatan mental. Keadaan kesihatan ini telah menjadi kebimbangan utama di seluruh dunia.

    Stres mungkin menjadi petanda awal kepada masalah kesihatan mental atau boleh membawa kepada keadaan tersebut. Ia merupakan tindak balas badan yang normal terhadap sebarang perubahan tetapi boleh menjadi bahaya jika tidak dikawal dan diuruskan dengan baik.

    10B untuk menangani stres

    Anda stres? Amalkan 10B.

    1. Bersyukur

    Jangan bandingkan hidup anda dengan orang lain. Terima dan nikmati apa yang anda ada.

    2. Bernafas dengan teratur

    Bernafas dengan dalam dan perlahan membantu membuatkan badan dan diri anda lebih tenang serta merehatkan otot yang tegang.

    3. Bicara diri

    Refleksi diri membantu anda mencari punca kepada stres dan mencari jalan terbaik untuk menanganinya.

    4. Beribadat

    Luangkan sedikit masa untuk solat dan beribadat bagi mendapatkan jiwa yang lebih tenang dalam menghadapi sebarang masalah.

    5. Berkongsi perasaan

    Kadangkala, berkongsi masalah sahaja sudah banyak membantu mengurangkan tekanan walaupun tiada solusi khusus yang diperoleh.

    6. Berehat daripada rutin

    Rutin harian yang anda lalui setiap hari mungkin menjadi punca kepada tekanan yang anda hadapi. Ambil masa untuk berehat dan bercuti untuk mendapatkan fikiran yang lebih tenang.

    7. Berurut

    Urut membantu merehatkan otot yang tegang dan memberikan rasa tenang.

    8. Beriadah dan 9. Bersenam

    Sukan merengsang badan melepaskan hormon endorfin yang membantu mengurangkan stres.

    10. Berfikiran positif

    Jangan mudah mengalah dan sentiasa mencari peluang yang ada di sebalik ujian yang menimpa diri. Bukan cuba menipu diri sendiri tetapi fokuskan kepada perkara yang anda boleh ubah berbanding terus mengeluh atas apa yang anda tidak boleh ubah.

    Gambar ihsan laman facebook Kementerian Kesihatan Malaysia

    Kadangkala, stres anda mungkin berpunca daripada perkara yang kecil seperti tertinggal telefon bimbit di rumah, tiada tempat untuk meletakkan kenderaan di pejabat, atau terpijak najis kucing. Jangan biarkan hal-hal seperti ini merosakkan seluruh hari anda. Masih terlalu banyak perkara indah untuk dinikmati di luar sana.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 14/02/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan