backup og meta

Sindrom Horner: Kelopak Mata Jatuh Akibat Kerosakan Saraf

Fakta Disemak oleh Dr. Shelby


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 08/07/2020

    Sindrom Horner: Kelopak Mata Jatuh Akibat Kerosakan Saraf

    Definisi

    Apa itu Sindrom Horner?

    Sindrom Horner adalah sekelompok simptom disebabkan kerosakan pada jaringan saraf tertentu daripada otak ke wajah dan memengaruhi salah satu mata.

    Sindrom Horner adalah keadaan yang sangat jarang berlaku. Sindrom ini juga dikenali sebagai Horner-Bernard syndrome atau oculosympathetic palsy.

    Tanda-tanda & simptom

    Apakah tanda-tanda dan simptom Sindrom Horner?

    Sindrom Horner biasanya hanya mempengaruhi satu sisi wajah. Simptom yang biasanya terjadi termasuklah:

    • Pupil atau anak mata yang mengecil (miosis)
    • Perbezaan ukuran pupil antara kedua mata sangat jelas
    • Pupil yang mengecil lambat membesar dalam kawasan redup atau ruangan gelap
    • Kelopak mata atas jatuh (ptosis)
    • Kelopak mata bawah terangkat
    • Sisi wajah yang terjejas kebiasaannya tidak berpeluh sama sekali (anhidrosis), atau hanya sedikit jika dibandingkan dengan sisi sebelahnya. Atau, terdapat bahagian tertentu yang tidak berpeluh pada wajah tersebut

    Beberapa simptom di atas mungkin tidak begitu ketara, terutamanya anhidrosis dan ptosis.

    Simptom lain Sindrom Horner yang mungkin muncul pada kanak-kanak adalah:

    • Pada anak bawah usia 1 tahun, warna iris (bahagian berwarna yg mengelilingi anak mata) lebih terang di sisi mata yang terjejas
    • Kulit di sisi wajah yang terjejas tidak menjadi merah sewaktu kepanasan, berpeluh, atau sewaktu marah atau menangis

    Kemungkinan terdapat tanda-­tanda dan simptom yang tidak disebutkan di atas. Jika anda mengalami kerisauan akan simptom tertentu, rujuk kepada doktor anda.

    Bila saya harus merujuk kepada doktor?

    Anda harus segera mendapatkan rawatan perubatan apabila simptom-simptom Sindrom Horner muncul tiba-tiba, setelah mengalami trauma fizikal atau kecederaan, atau diikuti oleh simptom tambahan berikut:

    • Gangguan penglihatan
    • Pening
    • Otot lemah atau sukar mengawal otot
    • Sakit kepala teruk yang tiba-tiba; atau sakit leher teruk yang muncul tiba-tiba

    Terdapat pelbagai faktor risiko yang boleh menyebabkan Sindrom Horner. Ada di antaranya lebih serius berbanding yang lain. Penting untuk anda segera mendapatkan diagnosis yang tepat.

    Punca

    Apakah punca Sindrom Horner?

    Sindrom Horner disebabkan oleh kerosakan jalur saraf dalam sistem saraf simpatetik. Sistem saraf simpatetik mengatur degup jantung, ukuran pupil, penghasilan peluh, tekanan darah, dan fungsi tubuh lain yang membolehkan anda bertindak balas segera terhadap setiap perubahan pada persekitaran.

    Jalur saraf yang terjejas dalam Sindrom Horner dibahagi dalam tiga kelompok sel neuron:

    Neuron tahap pertama

    Jalur saraf ini bermula daripada hipotalamus yang berada di bahagian otak bawah, melalui batang otak dan menjalar hingga ke tulang belakang bahagian atas. Beberapa hal yang boleh menyebabkan kerosakan pada jalur saraf ini adalah:

    • Strok
    • Ketumbuhan
    • Penyakit yang menjejaskan selaput myelin
    • Trauma leher
    • Syringomyelia

    Neuron tahap kedua

    Jalur saraf ini melibatkan bahagian tulang belakang hingga ke bahagian dada atas dan sisi leher. Beberapa hal yang boleh menyebabkan kerosakan pada jalur saraf ini adalah:

    • Kanser paru-paru
    • Ketumbuhan pada selaput myelin (schwannoma)
    • Kerosakan pada aorta (saluran darah utama jantung)
    • Pembedahan pada bahagian dada
    • Cedera akibat trauma

    Neuron tahap ketiga

    Jalur saraf ini menjalar dari sisi leher hingga ke kulit wajah dan otot-otot sekitar kelopak dan otot iris mata. Antara perkara yang dapat menyebabkan kerusakan pada jalur saraf ini adalah:

    • Kerosakan saluran darah karotid di sisi leher
    • Kerosakan vena jugularis di sisi leher
    • Ketumbuhan atau jangkitan pada dasar tengkorak
    • Migrain
    • Sakit kepala cluster, jenis sakit kepala teruk yang berulang

    Punca Sindrom Horner pada kanak-kanak

    Punca umum Sindrom Horner pada kanak-kanak adalah:

    • Kecederaan leher atau bahu sewaktu proses bersalin
    • Kecacatan aorta sewaktu lahir
    • Tumor neuroblastoma

    Dalam beberapa keadaan, punca sindrom ini tidak diketahui. Hal ini disebut sebagai Sindrom Horner idiopatik.

    Diagnosis & Rawatan

    Maklumat yang diberikan bukanlah pengganti nasihat perubatan. SILA rujuk kepada doktor anda.

    Bagaimanakah sindrom Horner didiagnosis?

    Selain pemeriksaan fizikal yang biasa, doktor akan melakukan pelbagai ujian lanjut untuk menentukan punca simptom dan diagnosis tepat.

    Ujian yang dilakukan untuk diagnosis Sindrom Horner

    Doktor boleh membuat diagnosis berdasarkan simptom yang muncul dan sejarah kesihatan anda.

    Doktor atau kebiasaannya opthalmologist (pakar mata), juga dapat memastikan diagnosis dengan memberikan ubat titis pada mata yang dapat melebarkan/mengecilkan pupil. Setelah menitiskan ubat, doktor akan membandingkan tindak balas kedua mata anda, untuk menentukan sama ada kerosakan saraf merupakan punca keadaan anda.

    Ujian untuk mengenal pasti lokasi kerosakan saraf

    Doktor dapat mengetahui jalur saraf mana yang rosak dengan melihat simptom tertentu yang muncul. Doktor juga mungkin melakukan ujian tambahan atau radiologi untuk mengenal pasti lokasi trauma atau abnormaliti yang mengganggu jalur saraf tersebut.

    Doktor dapat memastikan diagnosis dengan menitiskan ubat mata yang dapat melebarkan pupil pada kedua-dua belah mata. Anda didapati mengalami Sindrom Horner jika pupil mata tidak melebar sama besar seperti sisi mata yang sihat. Kemungkinan besar ini diakibatkan oleh kerosakan jalur saraf ketiga, di sepanjang leher ke atas.

    Selain itu, doktor mungkin melakukan ujian radiologi dengan MRI, CT scan, atau rontgen untuk menentukan lokasi kerosakan yang menyebabkan Sindrom Horner.

    Untuk kanak-kanak penghidap Sindrom Horner, doktor mungkin akan melakukan ujian darah dan ujian air kencing untuk mendiagnosis jika terdapat ketumbuhan neuroblastoma.

    Bagaimana Sindrom Horner dirawat?

    Tidak ada rawatan khusus untuk Sindrom Horner. Cara terbaik untuk merawat keadaan ini adalah dengan merawat penyakit atau keadaan kesihatan yang menjadi puncanya.

    Pencegahan

    Apakah perubahan gaya hidup yang dapat dilakukan untuk mencegah Sindrom Horner?

    Sindrom Horner adalah kelainan genetik sewaktu lahir yang tidak dapat dicegah, namun simptomnya boleh dikawal dengan rawatan dan ubat-ubatan.

    Jika terdapat pertanyaan, rujuk doktor anda untuk penyelesaian terbaik bagi masalah anda.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Dr. Shelby


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 08/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan