5 Sebab Mata Berair Yang Kerap Berlaku

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Pernahkah anda mengalami mata berair secara tiba-tiba sedangkan anda sendiri tidak mengetahui sebab musababnya? Ia sudah pasti akan membuat anda berasa terganggu. Pandangan anda secara automatiknya akan menjadi kabur dan anda akan perlu sentiasa mengelap mata anda. Semakin lama, semakin pedih jadinya.

Persoalannya, apakah sebenarnya punca kepada mata berair?

1. Ada sesuatu di dalam mata anda

Kebiasaannya ada benda yang melekat pada mata anda seperti habuk, kotoran atau bulu mata yang tercabut. Mata anda sangat sensitif. Bila ada benda asing, ia akan bertindak balas dengan mengeluarkan air bagi membolehkan benda tersebut tertanggal.

2. Konjunktivitis

Konjunktivitis atau radang mata (konjunktiva) adalah antara sebab biasa bagi mata berair. Jangkitan virus atau bakteria boleh menyebabkan masalah ini. Mata akan menjadi merah. Jika virus adalah pucanya, anda mungkin tidak perlukan rawatan tetapi jika bakteria, anda mungkin memerlukan antibiotik penitis mata.

3. Alahan

Antara simptom alahan adalah mata berair, selain hidung berair, batuk dan bersin. Kebiasaannya, ia akan berlaku apabila terdedah kepada alergen tertentu seperti habuk atau haiwan peliharaan. Anda perlu mengenal pasti perangsang tersebut untuk mengelakkan serangan alahan berulang. Anda juga mungkin memerlukan ubat antihistamin.

4. Saluran air mata tersumbat

Kebiasaannya, air mata akan mengalir masuk dari permukaan mata melalui satu saluran di bahagian dalam mata. Jika ia tersumbat, air mata akan terkumpul dan menyebabkan mata berair. Antara sebab saluran tersumbat adalah jangkitan, kecederaan atau penuaan.

5. Masalah pada kelopak mata

Kelopak mata ibarat perisai kepada mata. Setiap kali mata anda berkelip, air mata akan diratakan ke seluruh permukaan mata. Jika ada masalah pada kelopak mata seperti bisul, mata akan terengsa setiap kali berkelip.

Konklusinya, anda perlu sentiasa peka dengan keadaan mata anda. Sentiasa perhatikan jika terdapat sebarang perubahan yang membimbangkan terhadapnya. Jika ada, segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Rujukan
Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut