Bagaimana untuk Merawat Mata Pedih

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Mata pedih mempunyai banyak sebab, dari keadaan yang ringan hingga kompleks. Biasanya, keadaan ini berlaku dengan simptom seperti rasa gatal, rasa sakit mata. Namun dalam beberapa kes, ia tidak mempunyai sebarang simptom. Untuk memahami apa itu mata pedih dan bagaimana untuk melegakan keadaan ini, mari rujuk pada maklumat berikut.

Bilakah kita mengalami mata pedih?

Sebenarnya, mata pedih berlaku kerana sebab mudah. Hampir setiap bahan yang bersentuhan langsung dengan mata anda akan memedihkan mata, tetapi tidak semuanya adalah masalah yang serius. Kadang-kadang mata anda bersentuhan dengan sabun, syampu, minyak wangi dan ia tidak berbahaya sama sekali jika anda segera membilas dengan air.

  • Sebab lain ialah kanta lekap. Apabila anda menggunakan kanta lekap untuk masa yang lama, itu juga menyebabkan mata pedih
  • Lebih-lebih lagi, jika anda sering melakukan solekan. Penggunaan pelembap kulit dan produk penjagaan wajah akan menyebabkan mata anda mudah pedih
  • Cuaca juga boleh menyebabkan mata anda pedih. Perengsa alam sekitar seperti kabut, debu, asap, debunga, atau haiwan kesayangan boleh menjadi salah satu penyebab mata pedih. Ataupun keadaan cuaca yang terlalu panas, sejuk dan kering

Apakah simptom-simptom mata pedih?

Apabila mata anda pedih, ia mempunyai beberapa isyarat seperti di bawah.

  • Penglihatan kabur
  • Banyak air mata
  • Gatal-gatal
  • Mata merah
  • Rasa tidak dapat tahan pada mata
  • Sensitiviti terhadap cahaya

Bagaimanakah anda menguruskan mata pedih?

Langkah pertama dalam pertolongan cemas untuk menguruskan mata pedih yang disebabkan oleh bahan kimia atau haba, adalah membilas mata dengan air sejuk. Keluarkan kanta anda sekiranya anda memakainya. Untuk membilas mata anda, isikan sinki atau mangkuk dengan air dan letakkan muka anda di dalam air. Apabila melakukan itu, anda perlu membuka dan menutup kelopak mata anda supaya air boleh mencuci semua bahagian mata anda.

Bagi kanak-kanak, sukar untuk menggunakan langkah pertolongan cemas untuk kecederaan mata. Ia bergantung kepada umur, saiz, dan keupayaan anak untuk bekerjasama. Anda dinasihatkan untuk meminta orang dewasa lain untuk membantu anda. Kanak-kanak akan tetap tenang dan bekerjasama dengan pergerakan perlahan dan lembut. Sekiranya sukar untuk kanak-kanak itu menjadi tenang, dia mungkin perlu dipegang dengan kuat jika kecemasan.

Bagaimanakah untuk mencegah mata pedih?

Beberapa cadangan termasuk:

  • Elakkan kornea daripada sinar UV
  • Gunakan cermin mata hitam setiap kali anda keluar di bawah cahaya matahari
  • Gunakan topeng untuk melindungi mata anda
  • Elakkan bahan kimia terkena pada mata terutama untuk kanak-kanak
  • Basuh tangan anda dengan teliti selepas menggunakan sebarang bahan kimia atau cecair sebelum menyentuh mata
  • Walaupun mata pedih tidak berbahaya, tetapi kita mesti melindungi mata dari masalah mata lain seperti katarak atau buta

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Rujukan
Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut