Presbyopia: Kesannya Terhadap Penduduk Luar Bandar Di Negara Kurang Membangun

Oleh

Presbyopia adalah keadaan di mana semakin seseorang itu meningkat usianya, mereka mengalami masalah untuk melihat objek jarak dekat dengan jelas. Keadaan ini turut dianggap sebagai proses penuaan semulajadi. Malahan, frasa Presbyopia itu sendiri membawa maksud ‘Mata Tua’ dalam bahasa Greek dan keadaan ini berlaku akibat kanta beransur-ansur hilang keupayaan dalam mengawal kemasukkan cahaya. Presbyopia lazimnya mula disedari sekitar usia pertengahan 40-an dan beransur-ansur menjadi teruk hingga usia 65 tahun. Kebanyakkan penghidap mula menyedari masalah ini apabila mereka mempunyai kesukaran dalam membaca teks, buku ataupun mesej dalam telefon dan mereka bertindak memegang bahan bacaan mereka pada jarak tertentu (Lazimnya pada jarak satu lengan) supaya mereka boleh membaca. Walaupun seseorang itu rabun jauh dan memiliki penglihatan jarak dekat yang baik, pandangan mereka akan tetap kabur dengan bantuan alat penglihatan (Yang mereka lazim pakai) sekalipun. Walaupun implantasi kornea dan kanta sentuh multi-fokal kian popular sebagai pilihan rawatan, rawatan yang paling kerap digunakan adalah sepasang cermin mata untuk membaca yang terdiri daripada kanta progresif untuk membetulkan ralat refraktif yang tersirat.

Tanggapan Yang Bersifat Eksklusif

Fokus dan penekanan ke atas pembacaan, penulisan dan menaip telah menjadi kayu ukur bagaimana Presbyopia mengganggu kualiti kehidupan khususnya dalam negara-negara berpendapatan tinggi kerana tugasan tersebut adalah sebahagian besar daripada aktiviti harian mereka. Hal ini, menyebabkan berlakunya tanggapan bahawa Presbyopia tidak memberi kesan yang sama kepada kualiti kehidupan masyarakat luar bandar di negara-negara kurang membangun kerana tugasan-tugasan yang disebut tadi tidak dikuasai oleh semua orang dan tidak berlaku pada jumlah yang boleh dibandingkan dengan negara-negara berpendapatan tinggi. Malahan, mengkaji Presbyopia di negara-negara ini juga adalah satu perkara yang sukar kerana kebanyakan kajian yang dilakukan adalah tentang ralat refraktif untuk masalah rabun jauh.

Beberapa kajian yang mempunyai data antaranya adalah kajian yang dilakukan di selatan India di mana kadar prevalens mereka yang menghidap Presbyopia pada usia 30 tahun dan ke atas adalah 55%. Dalam kajian ini, terdapat kaitan antara jantina perempuan, rabun dekat dan rabun jauh dengan kes Presbyopia namun hanya satu per tiga sahaja daripada penghidap yang menggunakan cermin mata. Di Brazil, dianggarkan kadar prevalens dalam 3000 orang dewasa berusia 30 tahun ke atas turut berada pada 55%. Turut sama adalah faktor usia dan jantina (perempuan) mempunyai kaitan dengan peningkatan prevalens dalam populasi ini. 58% daripada sampel mengadu memerlukan penglihatan jarak dekat mereka untuk aktiviti harian mereka. Dalam contoh lain di beberapa hospital di Afrika, mendapati Presbyopia berlaku pada usia yang lebih muda dan pada keadaan yang lebih teruk berbanding kajian di Eropah dan Amerika Utara. Kajian tersebut turut menemui bahawa Presbyopia mempengaruhi wanita lebih awal berbanding lelaki.

Sebagai rumusan, kajian terkini tentang Presbyopia dalam kalangan masyarakat luar desa di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana mencadangkan hal berikut:

  • Lebih daripada separuh mereka yang berusia 30 tahun ke atas menghidap Presbyopia
  • Wanita mempunyai kadar prevalens yang lebih tinggi dan mengalami Presbyopia yang lebih teruk
  • Majoriti daripada mereka yang menghidap Prebyopia tidak menggunakan cermin mata sebagai rawatan.

Kualiti Kehidupan Dalam Kalangan Masyarakat Luar Desa DI Negara-Negara Kurang Membangun

Untuk mengatakan Presbyopia mempengaruhi kualiti kehidupan adalah satu perkara yang jelas dan nyata khususnya dalam negara-negara berpendapatan tinggi. Namun yang demikian, ianya adalah satu tanggapan salah untuk mengatakan bahawa Presbyopia mempunya impak yang sikit ataupun tiada impak kepada kualiti kehidupan dalam masyarakat luar desa dalam negara kurang membangun hanya kerana tugasan seperti membaca dan menaip kurang berlaku dalam kehidupan seharian.

Kajian di Tanzania menunjukan bahawa Presbyopia yang tidak dirawat mempunyai impak yang tinggi kepada kualiti kehidupan mereka kerana mereka menggunakan penglihatan jarak dekat mereka bagi tujuan menampi bijan, mencerai beras, menjahit, memasak dan menukar lampu dan pengcahayaan. Hampir 80% penghidap mengaku Presbyopia adalah gangguan kepada mereka dan 71% daripada keseluruhan penghidap tidak berpuas hati dengan kegagalan mereka untuk melaksanakan tugasan harian yang memerlukan jarak penglihatan dekat.

Di India misalnya, pekerja kilang yang menghidap Presbyopia didapati kurang produktif namun setelah dirawat, produktiviti mereka meningkat secara signifikan, menyebabkan pelaburan majikan dalam membekalkan cermin mata untuk rawatan Presbyopia sebagai sesuatu yang memberi pulangan. Tambahan lagi, semakin banyak transaksi dilakukan melalui penulisan, mereka yang mempunya masalah penglihatan jarak dekat berada pada kerugian.

Hello Health Group tidak memberi nasihat perubatan, diagnosis mahupun rawatan.

enEnglish

Rujukan
Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut