backup og meta

Terlalu Banyak Tidur Meningkatkan Risiko Penyakit Jantung dan Maut

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 19/10/2023

    Terlalu Banyak Tidur Meningkatkan Risiko Penyakit Jantung dan Maut

    Setiap orang memerlukan tidur yang cukup bagi mengekalkan badan yang sihat, menguatkan memori, mengawal sistem metabolisme dan berat badan serta meningkatkan sistem imun dalam badan. Namun begitu, individu yang banyak tidur dari kadar yang disyorkan sebenarnya mempunyai risiko penyakit jantung dan maut menurut sebuah kajian.

    Kajian tersebut melibatkan hampir 117,000 individu dewasa berumur antara 35 hingga 70 tahun di 21 buah negara dan susulan dibuat selama hampir 8 tahun.

    Banyak tidur menyebabkan strok dan kegagalan jantung

    punca sakit jantung

    Kadar penyakit jantung (seperti strok dan kegagalan jantung) dan kematian ialah 7.8 per 1000 dalam kalangan mereka yang tidur mengikut kadar yang diyorkan iaitu 6 hingga 8 jam sehari berbanding dengan 8.4 per 1000 dalam kalangan mereka yang tidur selama 8 hingga 9 jam, 9.4 per 1000 bagi mereka yang tidur 9 hingga 10 jam, dan 14.8 per 1000 dalam kalangan mereka yang tidur lebih 10 jam sehari.

    Kadar dalam kalangan mereka yang tidur 6 jam ke bawah ialah 9.4 per 1000 atau 9% lebih tinggi berbanding mereka yang tidur dalam tempoh yang disyorkan. Namun, perbezaan ini adalah tidak signifikan dari sudut statistik.

    Punca tidur terlalu lama

    punca tidur berlebihan

    Punca tidur berlebihan juga mungkin disebabkan mereka mempunyai masalah kesihatan lain yang membuatkan mereka banyak tidur dari tempoh yang sepatutnya.

    Pengendali kajian tersebut juga menemui bahawa tidur sebentar di waktu pagi berkait dengan peningkatan risiko penyakit jantung dan maut dalam kalangan mereka yang tidur lebih 6 jam sehari tetapi tidak bagi mereka yang tidur kurang dari 6 jam.

    Kajian lain juga membuktikan bahawa individu yang tidur selama sembilan jam atau lebih pada setiap malam adalah 23 peratus lebih berkemungkinan untuk mendapat serangan penyakit angin ahmar, berbanding orang yang tidur kurang lapan jam pada setiap malam.

    ‘Meskipun penemuan ini sangat menarik tetapi ia tidak membuktikan punca dan kesan,’ kata Julie Ward, seorang jururawat senior di British Heat Foundation.

    ‘Bukan tidur lama itu yang menjadi punca kepada risiko penyakit tetapi penyakit tersebut yang membawa kepada peningkatan jam tidur,’ kata Francesco Cappucio, seorang profesor perubatan dan epidemiologi kardiovaskular di Warwick University, United Kingdom.

    banyak tidur

    Keputusan ini jelas menunjukkan bahawa tidur yang sederhana pada waktu siang dan waktu malam penting  terutamanya pada golongan dewasa pertengahan umur dan juga orang tua bagi mengekalkan kualiti hidup yang sihat.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 19/10/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan