backup og meta

Senaman Angkat Berat Bagus Untuk Meningkatkan Kesihatan Jantung & Mengurangkan Risiko Strok

Fakta Disemak oleh Dr. Shelby


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 26/07/2020

    Senaman Angkat Berat Bagus Untuk Meningkatkan Kesihatan Jantung & Mengurangkan Risiko Strok

    Menurut kajian, senaman mengangkat berat selama satu jam atau kurang setiap minggu boleh mengurangkan risiko serangan jantung dan strok secara signifikan.

    Kajian tersebut mengevaluasi hampir 12,600 individu dewasa selama lebih 10 tahun. Saintis menemui bahawa senaman rintangan dalam kadar yang sedikit setiap minggu mengurangkan antara 40% hingga 70% masalah kardiovaskular.

    Namun, melakukan lebih banyak senaman angka berat tidak memberikan manfaat tambahan.

    “Latihan rintangan tidak hanya memberikan anda bentuk badan yang cantik tetapi ia mempunyai manfaat kesihatan secara langsung terhadap jantung,’ kata Dr Alon Gitig, doktor pakar jantung di Mount Sinai Riverside Medical Group di Yonkers, New York.

    Senaman angkat berat menggunakan rintangan otot untuk menguatkan serta membina otot. Contoh senaman rintangan lain ialah tekan tubi, duduk tegak (sit-ups), dan tujahan (lunges).

    Ketua kajian tersebut, Duck-chul Lee berkata, “Secara tradisional, angkat berat adalah untuk para atlet. Sebab itu saya berpandangan bahawa bukti mengenai manfaat kesihatannya adalah kurang terutamanya kepada jantung.’ Lee ialah seorang Profesor Madya dalam bidang kinesiology di Iowa State University.

    “Ramai mengetahui bahawa berlari atau senaman kardio adalah baik untuk kesihatan sistem kardiovaskular tetapi manfaat sukan angkat berat terhadap jantung tidak dikaji dengan mendalam sebelum ini,’ beliau menambah.

    Dalam kajian lain, Lee dan rakannya mendapati bahawa angkat berat selama kurang satu jam setiap minggu juga mengurangkan risiko kolesterol tinggi dan sindrom metabolik, iaitu kumpulan keadaan yang meningkatkan risiko diabetes.

    Kajian berkaitan risiko penyakit jantung dan strok itu melibatkan hampir 12,600 individu dewasa (umur purata 47 tahun) yang menjalani sekurang-kurangnya dua pemeriksaan klinikal antara tahun 1987 dan 2006. Mereka melaporkan dengan sendiri kadar senaman rintangan yang dilakukan dan susulan dibuat selepas 5 hingga 10 tahun.

    Hasil kajian tersebut mendapati bahawa manfaat senaman rintangan ke atas risiko penyakit jantung dan strok adalah tidak bergantung kepada senaman aerobik seperti berjalan atau berlari.

    Jika dibanding dengan mereka yang tidak mengamalkan senaman rintangan, mereka yang melakukan satu hingga tiga kali senaman rintangan sehingga 59 minit seminggu mengalami pengurangan risiko sehingga 70%.

    Walau bagaimanapun, kajian tersebut tidak membuktikan bagaimana senaman angka berat boleh mencegah penyakit jantung dan strok, hanya kaitan antara keduanya sahaja.

    Tambahan pula, kajian yang dijalankan hanya melibatkan lelaki dan wanita berkulit putih tanpa melibatkan bangsa dan warganegara lain yang mungkin mempunyai tahap kesihatan berbeza.

    Namun, manfaat dari senaman ini tetap ada dan seharusnya diamalkan oleh semu orang.

    Bagaimana jika anda tiada akses kepada peralatan angkat berat atau gimnasium? Berkebun atau mengangkat barang selepas membeli belah juga boleh dilakukan sebagai alternatif.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Dr. Shelby


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 26/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan