backup og meta

Lelaki Botak Dikatakan Berisiko Alami Sakit Jantung, Semak Fakta Ini Untuk Tahu!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 24/11/2022

    Lelaki Botak Dikatakan Berisiko Alami Sakit Jantung, Semak Fakta Ini Untuk Tahu!

    Kajian terbaru menunjukkan bahawa lelaki botak mungkin mempunyai risiko penyakit jantung yang lebih tinggi. Mujurlah ini hanya melibatkan masalah botak di bahagian atas kepala sahaja.

    Mereka yang mempunyai rambut menipis boleh merasa yakin bahawa anda tidak mempunyai risiko.

    Baca selanjutnya untuk lebih penjelasan.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.

    Lelaki botak yang lebih muda menghadapi risiko yang lebih tinggi

    Penyelidikan tersebut berdasarkan kajian yang dijalankan tentang kaitan lkebotakan pada lelaki dan penyakit jantung koronari.

    Tiga daripada kajian tersebut memantau kesihatan lelaki botak tengah selama 11 tahun.

    lelaki botak

    Kaum lelaki dengan masalah kebotakan yang banyak telah dilaporkan mempunyai 32% peningkatan risiko mendapat penyakit arteri koronari berbanding mereka yang mempunyai rambut penuh.

    Penilitian terhadap kumpulan umur di bawah 55-60 tahun mendedahkan penemuan mengejutkan: kebotakan meluas pada lelaki cenderung mengalami 44% risiko penyakit arteri koronari yang lebih tinggi.

    Secara umumnya, kaum adam dengan masalah kebotakan didapati mempunyai 70% peningkatan risiko masalah jantung.

    Sementara itu, peratusan bagi mereka dalam kumpulan umur yang lebih muda adalah 84%.

    Hubungan antara risiko penyakit jantung dan kebotakan teruk

    Penyelidik percaya tahap kebotakan seorang lelaki mungkin berkait dengan risiko terhadap penyakit arteri koronari. Bagaimanapun, ini hanya benar jika botak di atas kepalanya.

    Walaupun risiko meningkat sebanyak 48% dengan kebotakan atas kepala yang lebih menyeluruh, mereka yang mempunyai kebotakan atas kepala sederhana mengalami 36% peningkatan risiko dan mereka yang mengalami kebotakan atas kepala ringan hanya 18% lebih cenderung untuk mendapat penyakit jantung.

    Tiada perbezaan yang ketara dilaporkan dalam kes-kes mereka yang rambutnya menipis.

    Baca juga:

    Apakah sebab-sebab di sebalik kaitan ini?

    Terdapat banyak teori mengenai bagaimana rambut lelaki botak mungkin boleh dikaitkan dengan risiko penyakit jantung.

    Penyelidik menjelaskan bahawa kebotakan boleh menjadi tanda amaran keradangan kronik, sensitiviti meningkat kepada testosteron, atau rintangan insulin (kemungkinan diabetes), semua yang boleh menyumbang kepada masalah jantung.

    Adakah rambut botak patut dirisaukan?

    Walaupun penemuan ini menarik, rambut botak sebenarnya tidaklah begitu merisaukan berbanding saiz pinggang seseorang.

    Adalah lebih baik untuk tidak begitu risau kerana bukti-bukti berikut tidak cukup untuk mencadangkan hubungan sebab dan akibat antara botak dan penyakit jantung.

    lelaki botak

    Jika anda botak, anda mungkin mempunyai kemungkinan lebih tinggi untuk mendapat masalah jantung. Tetapi itu tidak bermakna anda pasti akan mempunyai penyakit jantung.

    Kaitannya mungkin hanya faktor yang sama. Walaupun lelaki dengan masalah kebotakan tidak perlu terkejut dengan penemuan itu, mereka perlu menjalani pemeriksaan yang lebih teliti untuk keadaan kardiovaskular, terutamanya jika masih muda.

    Jika terdapat sebarang keraguan mengenai keadaan diri, berundinglah dengan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian. 

    #modernmustache #modernbeard

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 24/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan