backup og meta

Pengurusan Risiko Penyakit Jantung Mengikut Kumpulan Umur

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 20/07/2021

    Pengurusan Risiko Penyakit Jantung Mengikut Kumpulan Umur

    Umur adalah salah satu faktor risiko yang tidak boleh dikawal. Pilihan yang anda pilih pada separuh pertama kehidupan boleh memberi kesan kepada kesihatan dan bebas daripada penyakit kronik pada separuh kedua kehidupan anda.

    Langkah pencegahan adalah kuncinya. Lebih awal langkah pencegarah mengurangkan risiko penyakit jantung, lebih baik sistem kardiovaskular anda terbentuk yang berkemungkinan untuk jangka masa panjang.

    20-an & 30-an

  • Jumpa doktor penjagaan primer. Sekiranya anda mengalami tekanan darah tinggi, preeklamsia, atau diabetes gestasi, atau melahirkan pramatang, jupa doktor anda selepas bayi dilahirkan. Anda mungkin mahu berjumpa ahli kardiologi. Misi anda: Mengesan faktor risiko, termasuk tekanan darah, gula darah, dan paras kolesterol.
  • Makanan melawan penyakit jantung. Masukkan ke dalam kebiasaan makanan anda diet Mediterranean, yang mengandungi buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, protein tanpa lemak seperti ikan, dan lemak tak tepu yang sihat seperti minyak zaitun. Mewujudkan tabiat pemakanan yang sihat dalam tempoh usia ini boleh membantu mengekalkan kesihatan arteri anda.
  • Kekalkan kecergasan. Jangan merokok dan gunakan masa untuk bersenam secara aerobik sekurang-kurangnya 150 minit setiap minggu dan latihan kekuatan dua kali seminggu. Mengambil langkah-langkah awal ini boleh menyelamatkan nyawa pada kemudian hari. Ia adalah masa yang sibuk dalam kehidupan anda, tetapi perkara yang anda lakukan sekarang boleh memberi kesan kepada kesihatan pada usia 60-an dan 70-an.
  • 40-an

    Lakukan pemeriksaan tahunan supaya anda dapat mengetahu nilai penting, seperti tekanan darah, glukosa darah, indeks jisim badan (BMI), dan kolesterol. Sekiranya kolesterol LDL “buruk’, tekanan darah, atau faktor risiko yang lain tidak sepatutnya, ambil langkah untuk memperbaikinya. Sebagai contoh, tukar diet anda, lebihkan bersenam, atau pengambilan ubat untuk menurunkan tekanan darah atau kolesterol jika doktor mencadangkannya.

    50-an

    • Elakkan terapi hormon. Walaupun estrogen yang secara semula jadi dari dalam ovari melindungi penyakit jantung, namun estrogen dalam bentuk pil dapat meningkatkan risiko serangan jantung atau strok. Terapi hormon selepas menopaus juga tidak mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular atau penyakit kronik.
    • Pantau perubahan dalam badan dan terus berbincang dengan doktor anda. Sebagai wanita berusia, akan kehilangan beberapa pertahanan semula jadi badan terhadap penyakit jantung. Ini boleh berlaku kerana perubahan hormon dari menopaus, yang boleh menjejaskan tahap kolesterol anda. Juga, diabetes jenis 2 biasanya berkembang pada wanita selepas usia 45 tahun. Oleh itu, ambil masa untuk mendapatkan pemeriksaan rutin dan bekerjasama dengan doktor anda untuk mengetahui sama ada anda mempunyai faktor risiko penyakit jantung. Sekiranya anda sudah berisiko, tanya doktor anda bagaimana untuk boleh mengurangkannya.
    • Jaga pemakanan. Jika anda mempunyai masa terluang, luangkan masa untuk merancang dengan berhati-hati makanan yang sihat untuk anda dan keluarga. Pilih makanan yang rendah lemak tepu dan trans, kolesterol, natrium dan gula. Fokus pada makanan yang kaya dengan nutrien seperti sayur-sayuran berwarna-warni dan buah-buahan, kaya serat, bijirin penuh, daging tanpa lemak, ayam dan ikan tanpa kulit yang kaya omega-3, dan tanpa lemak, 1 peratus lemak dan tenusu rendah lemak. Makanan ini boleh memberikan jantung anda nutrien yang diperlukan serta meningkatkan kolesterol dan tekanan darah anda.
    • Lakukan aktiviti fizikal. Jika anda belum bersenam, sekarang adalah masa untuk memulakannya. Pilih sesuatu yang anda nikmati dan mulailah perlahan-lahan. 

    60-an

    • Mengetahui risiko anda. Lebih banyak faktor yang anda boleh mengawalnya, semakin kecil kemungkinan anda mengalami serangan jantung pada masa depan. Tetapi semasa anda bertambah tua, tekanan darah, kolesterol dan nombor jantung yang lain akan meningkat. Terdapat kajian menunjukkan bahawa jumlah wanita yang mengalami serangan jantung meningkat secara dramatik, terutama selepas menopause. Tetapi anda juga mempunyai kuasa mengurangkan risiko anda, dan jika anda mempunyai keadaan jantung, terdapat banyak perkara yang anda boleh lakukan untuk mengurusnya.
    • Teruskan bersenam. Jantung anda memerlukan manfaat aktiviti fizikal dan diet yang sihat daripada sebelumnya.
    • Jangan abaikan simptom yang licik. Jika anda mempunyai simptom penyakit jantung, seperti angina (ketegangan, tekanan, atau ketidakselesaan di dada semasa bersenam atau tertekan), jumpa doktor anda. Dapatkan rawatan perubatan segera boleh membantu mengatasi serangan jantung.

    Baca juga:

    • Kesihatan Jantung Wanita Mengikut Kumpulan Umur

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 20/07/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan