backup og meta

Minyak Ikan Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 23/11/2021

    Minyak Ikan Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung

    Asid lemak omega-3, yang banyak didapati dalam minyak ikan, semakin banyak digunakan dalam pengurusan penyakit kardiovaskular. Jelas bahawa minyak ikan yang digunakan dalam dos secara klinikal mengurangkan trigliserida tinggi.

    Ramai individu yang mengambil suplemen minyak ikan berdasarkan dakwaannya meningkatkan kesihatan jantung. Berdasarkan data yang dikumpulkan sebagai sebahagian daripada National Health Interview Survey yang diterbitkan pada Februari 2015 dalam Laporan Statistik Jantung Kebangsaan, jumlah itu melebihi 18 juta orang dewasa di Amerika Syarikat.

    Adakah minyak ikan bagus untuk penyakit jantung?

    Jika anda bimbang tentang penyakit jantung, makan satu hingga dua hidangan ikan seminggu boleh mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung.

    Selama bertahun-tahun, Persatuan Jantung Amerika telah mencadangkan agar orang memakan ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3 sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

    Asid lemak Omega-3 dapat mengurangkan trigliserida, menurunkan tekanan darah, mengurangkan pembekuan darah, mengurangkan strok dan risiko kegagalan jantung dan mengurangkan degupan jantung yang tidak teratur.

    Makan sekurang-kurangnya satu hingga dua hidangan ikan seminggu, terutamanya ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3, kelihatan mengurangkan risiko penyakit jantung, terutamanya kematian jantung yang tiba-tiba.

    Apakah jenis ikan yang perlu dimakan?

    Ikan berlemak seperti ikan salmon, makeral, sardin dan tuna mengandungi asid lemak omega-3 yang paling banyak dan sekali gus mempunyai banyak manfaat. Tetapi terdapat banyak jenis makanan laut mengandungi asid lemak omega-3 yang sedikit.

    Manakala sesetengah ikan, seperti tilapia dan ikan keli, tidak kelihatan untuk jantung yang sihat kerana ia mengandungi tahap asid lemak yang tidak sihat. Perlu diingat juga bahawa mana-mana ikan boleh menjadi tidak sihat bergantung pada bagaimana ia disediakan. Contohnya, merebus atau membakar ikan adalah pilihan yang lebih sihat daripada yang digoreng.

    Berapakah jumlah omega-3 yang perlu diambil?

    Bagi orang dewasa, sekurang-kurangnya dua hidangan ikan yang kaya dengan omega-3 seminggu disyorkan. Saiz hidangan ialah 3.5 auns (99 gram). Bagi wanita yang hamil atau merancang untuk hamil serta kanak-kanak harus mengehadkan jumlah ikan yang dimakan kerana mereka paling mudah terdedah kepada kesan potensi toksin dalam ikan.

    Adakah pengambilan suplemen omega-3 atau makanan lain yang mengandungi omega-3 mempunyai manfaat yang sama?

    Makan ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3 dan nutrien lain kelihatannya memberikan lebih banyak manfaat kesihatan jantung berbanding pengambilan suplemen.

    Lain-lain pilihan makanan bukan ikan yang mengandungi beberapa asid lemak omega-3 termasuk flaxseed, walnut, minyak kanola, kacang soya dan minyak soya. Walau bagaimanapun, sama dengan suplemen, bukti manfaat jantung yang sihat daripada memakan makanan ini tidak sekuat daripada memakan ikan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 23/11/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan