backup og meta

Jenis-jenis Penyakit Kardiovaskular Yang Akan Beri Kesan Pada Organ Jantung!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 21/05/2021

    Jenis-jenis Penyakit Kardiovaskular Yang Akan Beri Kesan Pada Organ Jantung!

    Jantung adalah satu organ yang paling penting untuk seorang individu itu meneruskan kehidupannya, namun ia banyak berkaitan dengan pelbagai jenis penyakit kardiovaskular.

    Untuk pengetahuan anda, ia merupakan organ yang berfungsi mengawal aliran darah dalam tubuh badan manusia.

    Pun begitu, terdapat banyak penyakit kardiovaskular yang boleh berlaku kepada kita yang akan menjejaskan struktur dan fungsi jantung.

    Ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui mengenai jenis penyakit kardiovaskular yang mampu menjejaskan jantung.

    Jantung manusia hanya bersaiz sebesar penumbuk namun, ia adalah otot yang paling kuat dalam tubuh manusia.

    Jantung mula berdegup semasa dalam rahim sebelum kelahiran seseorang dan biasanya 21 hingga 28 hari selepas kehamilan.

    penyakit jantung

    Purata degupan jantung adalah kira-kira 100 000 kali setiap hari atau kira-kira dua dan setengah bilion kali sepanjang 70 tahun jangka hayat.

    Dengan setiap degupan jantung, jantung mengepam darah ke seluruh tubuh.

    Ia berdegup kira-kira 70 kali seminit, walaupun kadar ini boleh bertambah semasa senaman atau ketika terlampau beremosi.

    Mengenali apa itu penyakit kardiovaskular!

    Penyakit kardiovaskular (CVD) adalah penyebab kematian utama bagi lelaki dan wanita.

    Ia merangkumi pelbagai keadaan dan penyakit yang sebahagiannya genetik, manakala kebanyakannya adalah berpunca daripada kesan pemilihan gaya hidup.

    CVD adalah istilah umum untuk keadaan yang mempengaruhi jantung dan saluran darah.

    Ia biasanya dikaitkan dengan pembentukan lemak di dalam arteri (aterosklerosis) dan peningkatan risiko pembekuan darah.

    Selain itu, ia juga dikaitkan dengan kerosakan pada arteri dalam organ seperti otak, jantung, ginjal dan mata.

    Apa jenis penyakit kardiovaskular yang wujud?

    Terdapat banyak jenis penyakit yang boleh menjejaskan sistem jantung dan vaskular.

    Berikut adalah beberapa keadaan yang paling biasa anda dengar atau baca:

    Konklusinya, kesihatan jantung adalah sangat penting.

    Di sebalik kehidupan anda yang sangat sibuk dengan kerjaya, keluarga atau pelbagai aspek kehidupan yang lain, anda tidak boleh sesekali mengabaikan kesihatan anda secara umumnya.

    Secara khususnya, pastikan anda menjaga kesihatan jantung anda dengan menjaga pemakanan dan melakukan pelbagai aktiviti yang boleh merangsang kesihatan organ jantung.

    Akhir sekali, sentiasa amalkan gaya hidup yang sihat untuk kehidupan yang lebih sejahtera.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 21/05/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan