Jantung Sihat dengan Diet Berasaskan Ikan

Oleh

Anda memerlukan sekurang-kurangnya dua hidangan berasaskan ikan setiap minggu sebagai pelengkap diet anda untuk kesihatan jantung selain terus kekal sihat. Ikan yang tinggi dengan asid lemak omega-3 adalah yang terbaik sekali dengan ikan seperti herring, trout, salmon, makerel dan sardin menjadi pilihan utama. Anda juga boleh mendapatkan asid lemak-3 daripada sumber-sumber lain seperti telur, minyak canola, biji flax dan kacang walnut.

Walau bagaimanapun, makanan tambahan asid lemak omega-3 dan minyak tambahan adalah tidak digalakkan untuk pengurangan risiko strok, sakit dan serangan jantung kerana masih belum ada kajian yang dapat membuktikan keberkesanannya.

Ikan sememangnya kaya dengan protein, tidak seperti produk daging yang berlemak, ikan tidak mempunyai banyak lemak tepu. Asid lemak omega-3 yang banyak didapati dalam ikan memberi banyak manfaat kepada jantung. Asid lemak omega-3 terbukti mempunyai keupayaan untuk menurunkan risiko terhadap arrhytmias, iaitu keadaan yang menyebabkan kematian mengejut. Asid lemak omega-3 juga mampu mengurangkan kadar triglyceride, memperlahankan kadar pembentukan plak aterosklerotik dan memastikan kadar tekanan darah sentiasa rendah.

Asid Lemak Omega-3 dan Jantung Anda

Lemak tidak tepu dalam ikan dapat menggantikan lemak tepu dalam daging demi memastikan kolesterol anda rendah. Bagaimanapun. asid lemak omega-3 dalam ikan yang berlemak dianggap sebagai pemmberi manfaat nutrisi terbesar.

Asid lemak omega-3 dapat mengurangkan keradangan, di mana jika ia tidak diatasi sewajarnya akan berpotensi merosakkan pembuluh darah dan mengakibatkan strok serta penyakit kardiovaskular.

Omega-3 juga dapat mengurangkan kadar triglyceride, penyumbatan darah, tekanan darah dan mengurangkan risiko kegagalan jantung, strok serta mengawal degupannya.

Penyakit Jantung

Anda dapat mengurangkan risiko terhadap penyakit arteri koronari kerana penyerapan asid lemak omega-3 dapat membantu menurunkan risiko kematian mengejut dengan mengawal kadar degupannya yang lebih normal.

Strok

Risiko terhadap strok juga dapat dikurangkan jikan anda memasukkan 2-3 hidangan ikan ke dalam diet anda setiap minggu. Selain daripada memberikan kepelbagaian terhadap menu sihat anda, ia turut membekalkan segala nutrien yang penting untuk anda melawan strok.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut