Elakkan Tabiat Buruk Ini Untuk Jantung yang Sihat

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Jantung merupakan organ paling berharga dalam tubuh anda. Ia bekerja 24 jam sehari tanpa henti untuk memastikan setiap sel dalam tubuh mendapat bekalan darah dan oksigen agar dapat menjalan fungsinya dengan baik.

Kadangkala tanpa sedar, anda sebenarnya mengamalkan tabiat buruk yang boleh mengancam kesihatan jantung. Mari lihat apakah tabiat buruk tersebut.

1. Tidak aktif sepanjang hari

Jangan hanya duduk di hadapan komputer anda walaupun anda bekerja di dalam pejabat yang sejuk dan selesa. Bangun dan berjalan serta lakukan sedikit senaman untuk membuatkan tubuh lebih aktif. Senaman mudah seperti berjalan, mengangkat kaki semasa duduk, dan naik turun tangga boleh membantu menjadikan jantung lebih aktif.

2. Anda rasa diri masih muda

Penyakit tidak kenal tua atau muda. Secara amnya, orang muda lebih jarang mendapat banyak penyakit berbanding mereka yang lebih berumur. Namun, gaya hidup terkini yang tidak aktif dan pemakanan yang kurang sihat meningkatkan risiko banyak penyakit kronik. Malah, kencing manis jenis 2 juga pada hari ini ditemui dalam kalangan kanak-kanak!

Jangan berlengah lagi. Ubah gaya hidup dan pemakanan anda untuk kesihatan yang lebih baik.

3. Anda tidak mengambil berat soal kesihatan jantung

Berapa bacaan terkini tekanan darah anda? Apakah bacaan normal?

Nombor dan maklumat ini bukan hanya perlu diketahui oleh staf kesihatan, anda juga perlu tahu untuk memastikan diri dalam keadaan sihat. Dapatkan pemeriksaan jantung secara berkala. Tidak banyak pun, setahun sekali sudah memadai jika tiada sebarang masalah kesihatan. Nak lebih mudah, dapatkan pengukur tekanan darah elektronik.

4. Seluar anda saiz berapa?

Jika saiz 35 inci bagi wanita dan 40 inci bagi lelaki, sila ambil langkah proaktif untuk mengurangkan saiz pinggang anda. Bukan semata-mata untuk mendapatkan bentuk badan yang cantik tetapi juga mengurangkan risiko penyakit jantung. Mulakan sedikit demi sedikit asalkan ada perkembangan.

5. Asap rokok secondhand

Merokok sudah tentu bahaya untuk kesihatan jantung tetapi bukan itu sahaja, asap rokok secondhand yang dilepaskan oleh perokok lain juga boleh merosakkan jantung anda. Oleh itu, sila berhati-hati dan waspada dengan persekitaran anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut