backup og meta

Fungsi Organ Jantung Yang Kita Mungkin Tidak Tahu Jika Bukan Kerana Artikel Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 25/09/2023

    Fungsi Organ Jantung Yang Kita Mungkin Tidak Tahu Jika Bukan Kerana Artikel Ini!

    Merupakan organ yang paling penting dalam sistem manusia, fungsi jantung sangat besar untuk memastikan tubuh badan manusia terus bertindak dan berjalan dengan baik.

    Ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk tahu bagaimana jantung berfungsi dengan lebih lajut!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Penyakit Jantung, anda boleh klik di sini.

    Struktur jantung

    Sebelum pergi kepada cara kerja organ ini, elok juga kita meninjau secara ringkas struktur jantung. Organ bersaiz sebesar genggaman tangan ini untuk majoriti manusia. Sebahagian manusia posisi jantungnya berada di bahagian kanan dada.

    fungsi jantung

    Fungsi jantung

    Fungsi jantung ini adalah untuk mengepam darah ke seluruh badan.

    Bagi menjalankan fungsi ini, ia dilengkapi dengan otot (miokardium) yang kuat dan tahan lama kerana jantung bekerja 24 jam sehari tanpa henti.

    Darah yang dipam mengandungi oksigen dan nutrisi yang diperlukan oleh sel-sel di seluruh badan. Tanpa bahan ini, sel-sel tidak akan dapat hidup dan menjalankan fungsinya.

    Selain daripada memberi, darah juga berfungsi membawa karbon dioksida dan bahan-bahan toksik daripada sel-sel terbabit dan dibawa ke organ lain untuk tujuan detoksifikasi.

    Secara mudahnya, darah yang dipam oleh jantung melalui dua peredaran atau litar iaitu peredaran pulmonari dan sistemik.

    fungsi jantung

    Peredaran pulmonari

    Darah yang mengandungi tinggi karbon dioksida daripada sel-sel badan masuk ke bahagian kanan jantung (atrium kanan) melalui superior vena cava (IVC) dan inferior vena cava (IVC).

    Darah kemudian dipam oleh ventrikel kanan keluar daripada jantung ke paru-paru melalui arteri pulmonari.

    Di dalam paru-paru, karbon dioksida dibuang melalui pernafasan dan oksigen diambil oleh darah.

    Kemudian, darah masuk ke bahagian kiri jantung (atrium kiri) melalui vena pulmonari.

    Peredaran sistemik

    Selepas penuh dengan oksigen, darah akan dipam oleh ventrikel kiri ke seluruh badan melalui aorta dan pecahannya untuk membekalkan oksigen.

    Sampai di sel-sel badan, oksigen akan diambil oleh sel dan karbon dioksida pula akan dikeluarkan ke dalam darah untuk dibawa semula ke paru-paru.

    Pelihara organ jantung anda!

    Meskipun saiznya kecil, namun peranan yang dimainkan olehnya adalah besar.

    Apatah lagi, penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di Malaysia. Maka peliharalah organ berharga ini dengan mengamalkan pemakanan dan gaya hidup sihat.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 25/09/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan