backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Benjolan Di Ketiak Petanda Kanser Payudara? Bagaimana Nak Pastikan Ketulan Berbahaya?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 09/08/2022

    Benjolan Di Ketiak Petanda Kanser Payudara? Bagaimana Nak Pastikan Ketulan Berbahaya?

    Kanser payudara merupakan antara penyakit kanser yang paling digeruni oleh para wanita dan membuatkan ramai individu tertanya-tanya akan tanda-tanda kanser payudara.

    Penyakit kanser yang mampu membunuh ini bukan hanya berlaku dalam kalangan wanita namun boleh juga berlaku bagi kaum Adam.

    Oleh itu, kaum lelaki juga harus cakna dan memahami mengenai penyakit ini kerana tiada jaminan bahawa anda akan terlepas daripada kanser payudara.

    Ketahuilah bahawa barah payudara adalah antara penyakit kanser yang sering berlaku dalam kalangan wanita selepas penyakit kanser kulit.

    Fahami apa itu kanser payudara

    tanda-tanda kanser payudara

    Kanser payudara merupakan antara kanser utama dalam kalangan wanita di Malaysia, 1 dalam 19 daripada para wanita adalah berisiko.

    Kanser payudara kebiasaannya akan berlaku pada wanita dan hanya 1% lelaki mendapat kanser ini.

    Barah buah dada ini merupakan pertumbuhan atau kumpulan sel yang tidak normal berlaku pada payudara.

    Sel-sel kanser ini amat berbeza daripada sel biasa di dalam badan yang sihat. Ini kerana sel yang sihat akan membahagi dan bertambah dengan cara yang teratur.

    Tubuh kita bergantung pada aktiviti yang teratur ini untuk membaiki kerosakan akibat kecederaan dan menggantikan tisu lama.

    Namun proses ini boleh terganggu apabila sel kanser mulai tumbuh secara tidak terkawal dan menghasilkan tisu tambahan yang boleh menyebabkan tumor.

    Tumor boleh bersifat benigna, ia bukan kanser atau malignan, mengandungi sel kanser.

    Bagi kanser payudara ini, terdapat banyak teori yang menjelaskan mengapa dan bagaimana ia dapat berlaku.

    Walau bagaimanapun, dalam kebanyakan kes, sebabnya masih tidak dapat diketahui.

    Oleh yang demikian, para wanita haruslah mengambil tahu bagaimana tanda-tanda kanser payudara boleh terjadi bagi menjamin kesihatan payudara masing-masing.

    Artikel ini akan memberikan informasi kepada kaum Hawa di luar sana mengenai faktor-faktor terjadinya kanser dan tanda-tanda kanser payudara yang harus anda waspada.

    Faktor-faktor boleh terjadinya kanser payudara

    Anda harus tahu bahawa kebanyakan wanita yang positif kanser payudara sebenarnya tidak mempunyai faktor penyebab lain selain hanya dengan berjantinakan wanita.

    Namun begitu, faktor-faktor yang bakal artikel ini kupaskan juga harus dipandang serius. Ini antaranya:

    • Berjantinakan wanita

    Secara majoriti, kaum wanita akan lebih berisiko dan cenderung untuk mendapat kanser payudara jika dibandingkan dengan kaum lelaki.

    • Faktor usia

    Semakin anda meningkat umur, semakin tinggi peluang anda untuk terkena penyakit kanser ini.

  • Mempunyai sejarah keluarga berpenyakit kanser

  • Jika anda mempunyai mana-mana ahli keluarga yang mempunyai kanser sama ada emak, kakak, ibu saudara mahupun nenek, kebarangkalian untuk anda boleh mendapat kanser payudara itu wujud.

    Namun begitu, majoriti pesakit kanser payudara tidak mempunyai sejarah keluarga yang memiliki kanser.

    Apakah tanda-tanda kanser payudara?

    Kanser payudara sering terdapat di bahagian atas luar payudara, tetapi boleh juga terjadi di mana-mana bahagian payudara.

    tanda-tanda kanser payudara

    Antara tanda-tanda kanser payudara yang perlu diperhatikan ialah:

    • Terdapat ketulan pada bahagian ketiak
    • Bengkak pada sebahagian payudara
    • Kemerahan atau berkeruping pada puting atau kulit payudara
    • Ketulan atau ketebalan di mana-mana bahagian pada payudara
    • Sebarang perubahan terhadap bentuk, tekstur atau warna kulit pada payudara
    • Lekukan atau kecutan kulit pada payudara
    • Puting yang tertolak ke dalam dan perkara ini tidak pernah berlaku kepada anda
    • Keluar cecair daripada puting payudara dan meninggalkan kesan pada pakaian anda

    Tanda jika bukan kanser:

    • Terdapat ketulan pada payudara sebelah
    • Ketulan yang menghilang selepas habis haid
    • Ketulan yang bertekstur lembut
    • Terdapat beberapa ketulan pada payudara

    Rumusan

    Semua perubahan ini boleh dilihat atau dirasa jika anda cakna terhadap kesihatan payudara anda.

    Pemeriksaan payudara dalam skala yang kerap dapat membantu memantau jika terdapat sebarang tanda-tanda kanser payudara.

    Selain itu, perubahan pada payudara juga dapat dilihat atau dikesan oleh pekerja profesional kesihatan semasa melakukan pemeriksaan payudara di klinik.

    Jika anda mempunyai gejala-gejala kanser payudara seperti di atas, ambil tidakan segera dengan menetapkan temujanji bersama golongan profesional atau doktor anda.

    Yang paling penting, pastikan anda berusaha sebaik mungkin dalam penjagaan kesihatan diri seperti kerap bersenam dan amalkan pemakanan yang sihat kerana anda bertanggungjawab ke atas kesihatan anda sendiri.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 09/08/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan