backup og meta

Penyakit Paget pada Payudara

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh JX Chan · Disemak pada 15/11/2019

    Penyakit Paget pada Payudara

    Kanser payudara merupakan penyebab kematian kedua bagi wanita. Menurut statistik, 1 daripada 8 wanita menghidapi jenis kanser payudara tertentu pada satu masa dalam hidup mereka. Penyakit paget dikategorikan sebagai kanser payudara yang jarang berlaku.

    Faktor risiko penyakit Paget

    Walaupun sains tidak bersetuju dengan puncanya, ahli saintis menemui beberapa faktor risiko, termasuklah:

    • Berusia tua;
    • Sejarah kanser payudara;
    • Sejarah abnormaliti payudara;
    • Sejarah keluarga berkaitan keadaan payudara;
    • Kecenderungan genetik yang membuatkan anda cenderung kepada kanser payudara, ovari dan kanser lain;
    • Tisu payudara tebal;
    • Terdedah pada radiasi sebelum ini;
    • Obesiti;
    • Penggantian hormon
    • Etnik;
    • Pengambilan alkohol.

    Walau bagaimanapun, terdapat beberapa faktor risiko yang tidak memberi jaminan untuk menghidap penyakit ini.

    Simptom-simptom penyakit Paget

    Simptom-simptom penyakit ini yang boleh terjadi adalah:

    • Puting mengelupas atau bersisik;
    • Kulit berkerak;
    • Gatas;
    • Kemerahan;
    • Rasa seperti terbakar;
    • Lelehan luar biasa pada puting;
    • Puting terbalik;
    • Ketulan kecil;
    • Kulit menebal.

    Simptom-simptom penyakit Paget sering mudah disalah anggap sebagai dermatitis atau keadaan kulit yang lain kerana ia menunjukkan kesan terhadap rawatan topikal. Jika anda mengalami tanda-tanda tersebut lebih daripada sebulan, anda perlu berjumpa doktor anda. Penyakit Paget pada payudara boleh didiagnosis melalui pemeriksaan fizikal dan mammogram. Doktor anda mungkin akan melakukan biopsi bagi mengesan sebarang pola abnormal pada tisu payudara anda.

    Rawatan penyakit Paget

    Jika anda didiagnosis dengan keadaan ini, anda mungkin memerlukan pembedahan. Bergantung pada sejauh mana keadaan puting anda, anda akan memerlukan jenis pembedahan yang berbeza. Pilihan pembedahan termasuk:

    • Mastectomi ringkas, di mana kesemua payudara akan dibuang tetapi kelenjar limpa pada ketiak anda ditinggalkan tanpa disentuh.
    • Lumpektomi, di mana hanya kawasan yang terlibat sahaja dibuang.

    Selepas pembedahan, anda memerlukan rawatan tambahan seperti kimoterapi, terapi radiasi atau terapi hormon bagi mengelakkan daripada kanser payudara berulang. Selain itu, penyakit paget pada payudara adalah keadaan yang boleh dirawat. Melalui penjagaan kesihatan dan ubat-ubatan yang baik, anda boleh sembuh dari penyakit ini dan mengekalkan kehidupan yang panjang dan bahagia.

    Baca juga:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh JX Chan · Disemak pada 15/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan