backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Selain Batuk, Ada 6 Simptom Radang Paru-paru Boleh Anda Alami, Semak Sekarang!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 09/01/2023

Selain Batuk, Ada 6 Simptom Radang Paru-paru Boleh Anda Alami, Semak Sekarang!

Apakah simptom radang paru paru, punca dan cara mencegahnya ya?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser sila dapatkannya di sini.

Jenis barah paru paru

Sebelum kita mengetahui simptom radang paru paru, ayuh kita fahami secara ringkas tentang kanser ini.

Kanser paru-paru ialah sejenis kanser yang bermula pada bahagian paru-paru.

Paru-paru terdiri daripada dua organ yang seakan-akan span dan ia berfungsi untuk menyerap oksigen daripada udara dan mengkumuhkan karbon dioksida daripada badan.

Barah paru-paru terbahagi kepada dua jenis iaitu:

1. Kanser paru paru bukan sel kecil (Non-small cell lung cancer – NSCLC)

Kanser jenis ini lebih kerap berlaku berbanding kanser paru-paru sel kecil (SCLC). Kes kanser paru-paru bukan sel kecil merangkumi 80 hingga 85 peratus daripada semua bilangan kes.

Ada tiga kategori yang tergolong di bawah kanser paru paru bukan sel kecil iaitu:

  1. Adenocarcinoma – Selalunya berlaku di kalangan perokok atau bekas perokok. Adenocarcinoma merupakan sejenis sel yang akan mengeluarkan mukus. Barah jenis ini lebih lazim berlaku pada wanita berbanding lelaki.
  2. Squamous cell carcinoma – Barah ini bermula pada sel skuamus, sejenis sel yang melapisi saluran pernafasan di dalam paru-paru.
  3. Large cell carcinoma – Barah jenis ini boleh muncul di mana-mana sahaja pada bahagian paru-paru. Ia mudah untuk merebak dan membesar dengan pantas.

2. Kanser paru-paru sel kecil (Small cell lung cancer – SCLC)

Kanser paru-paru sel kecil (SCLC) merangkumi 15 hingga 20 peratus daripada keseluruhan pesakit kanser paru-paru.

Kanser jenis ini selalunya merebak dengan lebih pantas daripada NSCLC. Sebanyak 70% individu yang menghidap SCLC mempunyai kanser yang telahpun merebak saat didiagnos.

Jenis barah lain yang lebih jarang dijumpai ialah carcinoid tumor dan juga lymphoma.

 Baca juga:

Simptom radang paru paru

Selalunya, pada tahap awal, kanser paru-paru tidak akan menunjukkan sebarang simptom.

Namun, gejala akan muncul satu persatu setelah kanser paru-paru merebak ataupun menjadi lebih teruk.

Simptom lazim barah paru-paru termasuklah:

1.   Batuk yang tidak berkurangan

Batuk yang dialami oleh pesakit kanser tidak akan hilang ataupun berkurangan dan kerap berulang.

2.   Sakit dada ketika melakukan sebarang aktiviti

Satu lagi simptom radang paru paru biasa ialah mereka mudah sesak nafas ketika melakukan sebarang aktiviti. Banyak pesakit bertindak mengabaikan simptom ini kerana mereka anggap ia merupakan sebahagian daripada proses penuaan.

3.   Jangkitan pada paru-paru yang tidak sembuh atau berulang

Disebabkan pesakit mempunyai ketahanan imun yang berkurang, pesakit cenderung mendapat jangkitan yang sama berkali-kali.

4.   Batuk berdarah atau kahak berwarna gangsa

Batuk berdarah boleh disebabkan perkara lain seperti radang paru paru, muntah ataupun saluran pernafasan terluka. 

Namun, jika anda alami batuk berdarah, penting untuk anda memeriksanya secepat mungkin. Batuk berdarah merupakan tanda kanser telahpun mencapai tahap 3 atau 4.

Simptom radang paru paru #5.   Suara menjadi garau

Suara pesakit kanser boleh bertukar menjadi garau disebabkan oleh inflamasi yang berlaku pada bahagian kotak suara ataupun larinks.

6.   Kepenatan

Hampir kesemua pesakit kanser paru-paru akan mengalami simptom ini. Rasa penat yang dialami pesakit kanser berbeza dengan orang biasa.

Penat yang dialami oleh pesakit kanser boleh mempengaruhi kehidupan seharian mereka. Mereka tidak lagi mampu melakukan aktiviti seharian dengan baik kerana mengalami rasa penat yang amat sangat.

7.   Nafas berbunyi (wheezing) antara simptom radang paru paru

Masalah nafas berbunyi mungkin boleh disalahertikan sebagai asma. Namun, jika anda tidak mempunyai masalah alergi ataupun asma, simptom ini mungkin salah satu tanda anda menghidap kanser paru-paru.

Punca dan Langkah pencegahan

Punca lazim simptom radang paru paru

Barah berlaku apabila sel di bahagian paru-paru mula bermutasi ataupun berubah. Oleh itu, semua orang mempunyai risiko tersendiri dan berpotensi untuk menghidap kanser.

Selalunya, barah paru-paru terjadi jika seseorang itu bertindak menghidu gas beracun ataupun terdedah dengan bahan bertoksik.

Antara punca utama penyakit ini:

  • MerokokMerokok merupakan punca utama barah paru-paru. Jika anda masih merokok, perkara yang terbaik yang boleh anda lakukan untuk kesihatan diri ialah dengan cara berhenti merokok.
  • Radon – Pendedahan kepada radon boleh menyebabkan anda terkena kanser.
  • Bahan kimia berbahaya – Jika anda terdedah dengan bahan kimia berbahaya seperti uranium, asbestos, arsenik, kadmium, kromium dan juga nikel, maka anda berisiko untuk menghidap barah paru-paru.
  • Pencemaran partikel – Partikel kecil yang dilepaskan melalui ekzos kereta juga telah terbukti boleh menyebabkan kanser.
  • Genetik – Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang menghidap barah paru-paru, anda juga mempunyai risiko yang sama untuk menghidap penyakit ini.

simptom radang paru paru

Cara mencegah radang paru-paru:

  1. Menjauhkan diri dari rokok – tidak kira berapa lama pun anda merokok, jika anda berhenti, masih belum terlambat untuk anda kurangkan risiko menghidap simptom radang paru paru.
  2. Elakkan daripada terdedah dengan asap rokok sekunder – Jika boleh, pastikan ahli keluarga atau rakan anda yang menghisap rokok untuk duduk jauh dari anda. Selain itu, pastikan mereka merokok di luar rumah atau pejabat.
  3. Elakkan daripada terdedah dengan radon – Periksa kawasan rumah dengan kerap untuk elakkan pendedahan terhadap gas radon.
  4. Jauhkan diri dari bahan yang boleh menjadi punca kanser – Jika anda berkerja di kawasan yang mempunyai bahan toksik yang boleh menyebabkan kanser, jangan lupa pakai pakaian pelindung (PPE) yang bersesuaian untuk kurangkan kadar pendedahan kepada tahap yang paling minimum.
  5. Makan secara sihat – Pemakanan yang sihat memainkan peranan yang besar untuk mencegah simptom radang paru paru. Amalkan makan banyak buah-buahan dan juga sayur-sayuran untuk melindungi paru-paru anda daripada diserang sel kanser.
  6. Bersenam – Cuba lakukan senaman sekerap mungkin. Jika anda kurang bersenam, cuba mula bersenam dengan perlahan-lahan.

Berhenti Merokok

Berhenti merokok untuk rendahkan risiko alami simptom radang paru paru

Berhenti merokok merupakan salah satu keputusan yang terbaik untuk kesihatan diri. Malah, merokok ialah satu tabiat tidak sihat yang boleh merosakkan hampir setiap organ dalam tubuh badan manusia.

simptom radang paru paru

Perokok amat berisiko untuk menghidap kanser, terutama sekali kanser yang boleh membunuh. Namun kanser bukanlah satu-satunya penyakit yang boleh dihidapi oleh perokok. 

Disamping meningkatkan risiko untuk kanser, perokok juga amat berisiko untuk mendapat sakit jantung, strok, leukemia, asma, pneumonia dan juga tuberculosis.

Perokok juga akan membahayakan ahli keluarga serta sahabat rapat mereka yang tidak merokok. Tinggal dengan individu yang merokok boleh meningkatkan risiko kanser paru-paru sebanyak 30%.

Statistik menunjukkan bahawa walaupun anda berhenti ketika umur sudah menginjak 50 tahun, anda masih boleh turunkan risiko sebanyak ⅔ daripada menghidap kanser.

Merokok merupakan faktor risiko nombor 1 untuk kanser paru-paru. 

Individu yang menghidu asap sekunder sebenarnya mempunyai risiko yang sama seperti individu yang merokok. 

Nasib yang sama juga dilalui oleh 14 juta kanak-kanak yang lain yang terpaksa tinggal sebumbung dengan ahli keluarga yang menghisap rokok.

Pemeriksaan doktor

Alami simptom radang paru paru? Ini masanya berjumpa doktor

Kanser yang paling lazim berlaku di Malaysia ini sukar untuk dikesan dalam peringkat awal.

Walau bagaimanapun, pesakit yang mempunyai faktor risiko yang tinggi boleh melakukan ujian saringan secara berkala untuk mengesan pembentukan kanser dalam badan.

Barah paru-paru hanya dikesan setelah ia sampai ke tahap yang teruk.

Ketika ini, badan pesakit mungkin baru merasai simptom akibat kanser paru-paru kerana tumor yang terbentuk telah menekan organ lain dan menyebabkan pesakit rasa sakit dan tidak selesa.

simptom radang paru paru

Jika anda merupakan antara golongan yang berisiko, anda dinasihatkan untuk melakukan pemeriksaan secara berkala.

Pemeriksaan ini diadakan bertujuan untuk mengesan kanser tersebut pada tahap awal ketika ia masih lagi boleh dirawat.

Segera berjumpa doktor jika anda mengalami simptom radang paru paru berikut:

  1. Batuk, atau batuk yang tidak pernah sembuh
  2. Batuk berdarah
  3. Berat badan turun mendadak
  4. Rasa penat ketika lakukan aktiviti seharian
  5. Rasa sakit yang tidak tahu punca

Jika doktor mengesan sebarang kelainan ketika melakukan ujian saringan, pesakit akan melalui ujian diagnostik lain seperti ujian imbasan dan juga biopsi.

Hidup dengan barah paru-paru

Kanser boleh mempengaruhi hidup anda dari segi fizikal dan juga emosi. Oleh itu, penting untuk anda mendapatkan sokongan bagi membantu melawan penyakit ini.

Berkongsi dengan ahli keluarga dan rakan tentang situasi anda. Selain itu, anda juga boleh berjumpa dengan individu lain yang mempunyai penyakit sama untuk bertukar pendapat.

Anda mungkin akan alami kesukaran untuk bernafas kesan daripada rawatan kanser bagi menangangi simptom radang paru paru. Oleh itu, elakkan daripada melakukan aktiviti berat dan gunakan alatan seperti troli untuk memudahkan pergerakan anda.

Kanser juga akan menyebabkan anda rasa sakit. Walau bagaimanapun, kesakitannya mungkin berbeza untuk setiap individu.

Pesakit barah paru-paru mungkin perlukan ubat untuk melegakan kesakitan mereka sewaktu menerima rawatan. Kebiasaannya, doktor dan jururawat akan menyediakan ubat yang bersesuaian dengan keperluan pesakit selepas menerima rawatan.

Paling penting sekali, bersikap terbuka dengan ahli keluarga tentang perasaan anda. Mereka mungkin boleh bantu menenangkan dan memudahkan perjalanan harian anda.

Walau bagaimanapun, jika anda perlukan masa berseorangan, jangan malu untuk berterus terang dengan keluarga anda. Penting untuk anda ambil masa dan kekal selesa selepas mendapatkan rawatan kanser.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 09/01/2023

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan