backup og meta

Kanser Paru-paru: Bagaimana Pesakit Remaja Menguruskan Emosi?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh JX Chan · Disemak pada 15/05/2023

    Kanser Paru-paru: Bagaimana Pesakit Remaja Menguruskan Emosi?

    Bagi remaja, kanser paru-paru sukar untuk diatasi. Di samping perubahan fizikal, anak anda akan mengalami gelojak emosi selepas mendapat tahu diagnosis dan semasa rawatan. Ramai pesakit kanser paru-paru mendapat sokongan daripada rakan dan keluarga mereka. Ibu bapa, rakan-rakan, remaja lain yang menghidap kanser, dan anggota kesihatan anak anda boleh memberikan sokongan dalam pelbagai cara.

    Kanser Paru-paru: Tip Menguruskan Emosi

    Bercakap dengan doktor dan jururawat anda

    Bercakap dengan doktor atau anggota kesihatan mungkin sukar pada kali pertama, tetapi ia akan menjadi lebih mudah. Anda adalah orang yang paling memahami perasaan anda. Doktor dan jururawat tidak dapat membaca minda anda, jadi anda harus bercakap secara terbuka dan jujur ​​kepada mereka, supaya mereka dapat melakukan kerja mereka. Berikut adalah beberapa petua yang boleh membantu:

    Berterus terang dan beritahu mereka bagaimana perasaan anda, apa-apa kesakitan dan kesan sampingan yang anda alami. Anggota kesihatan harus mengetahui keadaan anda untuk mengetahui sama ada anda bertindak balas terhadap kanser dan rawatan atau tidak.

    Semasa berada di hospital, hanya beritahu jururawat dan kakitangan apa yang anda perlukan. Jika anda berasa susah untuk bercakap dengan mereka, mintalah kepada ibu bapa anda untuk berbincang dengan mereka sebaiknya. Di samping itu, anggota kesihatan boleh membantu anda berhubung dengan  kumpulan sokongan, kaunselor, ahli terapi yang boleh memberi lebih banyak faedah kepada anda

    Bercakap dengan keluarga dan rakan-rakan

    Bercakap dengan seseorang yang boleh anda percayai seperti rakan, guru, atau seseorang dalam komuniti keagamaan anda. Mereka adalah penyokong terbaik yang boleh membantu anda menyuarakan fikiran dan perasaan ketika berhadapan kanser paru-paru.

    Bercakap dengan remaja lain yang menghidap kanser

    Oleh sebab mereka berada dalam situasi yang sama dengan anda, mereka dapat memahami bagaimana perasaan dan kebimbangan anda. Tambahan lagi, mereka boleh memberi anda lebih banyak petua dan pengalaman untuk menangani kesan sampingan rawatan, masalah sekolah, dan bercakap dengan doktor anda. Anda boleh melakukan perkara ini untuk berhubung dengan pesakit lain:

    • Bercakap dengan remaja yang anda jumpai di hospital atau kumpulan sokongan.
    • Mencari organisasi yang berdedikasi dalam membantu pesakit kanser.
    • Menyertai organisasi yang membantu pesakit kanser remaja melalui Internet dan media sosial.
    • Mendapatkan cadangan daripada jururawat atau doktor anda.

    Berhubung dalam talian

    Anda boleh berhubung dengan orang melalui kumpulan dan organisasi dalam talian yang menawarkan sokongan melalui Internet. Ia adalah alat yang terbaik untuk orang untuk saling berhubungan. Walaupun bercakap dalam talian boleh menjadi lebih mudah untuk dibicarakan, anda harus berhati-hati terhadap maklumat peribadi. Orang yang berniat jahat mungkin mahu bercakap dengan anda untuk tujuan yang tidak baik, jadi anda harus berbincang dengan ibu bapa anda mengenainya. Jangan takut untuk bertanya kepada jururawat atau doktor tentang apa sahaja yang anda dengar atau baca yang mencurigakan atau sedikit berbeza. Pelan rawatan setiap orang dan tindak balas terhadap rawatan itu sedikit berbeza. Cari kumpulan dan organisasi dalam talian yang menawarkan sokongan.

    Mendapatkan bantuan profesional

    Walaupun anda mendapat sokongan daripada keluarga dan rakan anda, kaunselor profesional, pekerja sosial, atau ahli terapi boleh membantu anda dan keluarga anda melalui perasaan anda tentang kanser. Kebanyakan hospital dan pusat rawatan mempunyai profesional kesihatan mental yang dilatih untuk membantu remaja penghidap kanser. Bertanya doktor anda untuk mencadangkan kaunselor yang berpengalaman bekerja dengan remaja penghidap kanser.

    Menulis

    Apabila anda berasa tidak suka untuk bercakap, menulis boleh membantu. Sesetengah orang menulis fikiran, perasaan, dan impian. Selain itu, ada yang melukis, menulis cerita atau membuat puisi. Anda mungkin boleh membuat jurnal atau buku nota hanya untuk tujuan ini.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh JX Chan · Disemak pada 15/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan