backup og meta

Bagaimana untuk Berpakaian Cantik Apabila Mempunyai Kanser Payudara

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh JX Chan · Disemak pada 15/05/2023

    Bagaimana untuk Berpakaian Cantik Apabila Mempunyai Kanser Payudara

    Walaupun adanya penjagaan perubatan yang terbaik, mengubati kanser payudara masih menjadi satu tugasan yang mencabar. Kesan-kesan sampingan proses rawatan ini akan menjejaskan pesakit, terutamanya pada perubahan penampilan anda disebabkan oleh rawatan-rawatan ini. Mujurlah terdapat aksesori yang direka untuk pesakit kanser, daripada coli sehinggalah ke skaf, rambut palsu dan banyak lagi.

    Tip Berpakaian Pesakit Kanser Payudara

    Coli mastektomi

    Coli mastektomi kini boleh didapati dengan pelbagai gaya, warna, dan saiz. Namakan sahaja. coli ini berbeza sedikit daripada coli biasa kerana coli ini mempunyai poket payudara palsu. Anda juga boleh meminta coli yang ditempah khas mengikut keperluan spesifik anda. Jika anda tidak mahu coli penuh, anda boleh mendapatkan pelekat puting dan penutupnya, lebih-lebih lagi jika anda akan melakukan pembentukan semula payudara.  

    Pakaian renang

    Sama seperti coli, industri pembuatan pakaian renang untuk pesakit kanser payudara turut berkembang. Anda boleh mendapatkan pelbagai gaya yang disukai, termasuklah bikini dan pakaian sukan yang menyediakan lebih sokongan. Harga juga berbeza-beza mengikut gaya pakaian tersebut. Jika anda selesa dengan pakaian renang yang ringkas, potongan bahagian hujung yang rendah atau pertengahan adalah pilihan yang sesuai untuk anda.

    Rambut palsu

    Kehilangan rambut juga merupakan perubahan yang ketara. Jika anda mempunyai gaya rambut yang sama sahaja sepanjang hidup anda, inilah peluang anda untuk mencuba perkara yang baharu dan menarik. Rambut palsu dijual dengan pelbagai harga. Jika anda keliru, dapatkan pakar rambut palsu untuk membantu anda mencari rambut palsu yang serupa seperti rambut asal anda. Anda juga berpeluang untuk menggayakan rambut seperti selebriti pilihan mengikut kemahuan anda. Terdapat banyak salon rambut yang menawarkan harga berpatutan. Salon yang bagus serta syampu, perapi dan sikat yang sesuai akan membantu mengekalkan rambut palsu anda dalam keadaan yang terbaik. Masalah timbul jika anda perlu keluar dengan rambut palsu yang kotor, atau perlu menunggu di salon untuk digayakan semula. Memiliki lebih daripada satu rambut palsu akan memudahkan anda untuk keluar pada bila-bila masa sahaja. Kebanyakan insurans boleh menampung sehingga 80% harga rambut palsu yang digunakan untuk tujuan perubatan. Walau bagaimanapun, anda memerlukan preskripsi doktor untuk menyokong tuntutan anda. Memakai rambut palsu sepanjang masa sangat membosankan. Sekali sekala cuba gayakan rambut palsu dengan selendang dan topi. Skarf yang cantik boleh menceriakan anda sepanjang hari.

    Jika anda mempunyai kebimbangan, kongsikan bersama individu yang pernah mengalami perkara yang sama ini. Cuba sertai kumpulan sokongan. Bekas pesakit kanser payudara lain boleh berkongsi tip dan nasihat mengenai cara untuk menguruskan perubahan penampilan anda. Mempunyai kanser payudara tidak bermakna anda tidak boleh menjadi cantik. Anggaplah ini sebagai peluang untuk menjadi cantik dengan cara baru dan ini akan membuatkan anda berasa lebih baik.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh JX Chan · Disemak pada 15/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan